Yang terbaru Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi. Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.
Insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu. Cuma kali ini mereka bersama Pemuda PAS. Amboi sejak bila pula dan undang-undang mana mereka pakai sampai nak kempen tambah ahli di pasar malam pun tak boleh.
Setiap kali pilihanraya, Pemuda UMNO lah yang paling samseng dan kurang ajar. Cuma media perdana saja yang tidak menyiarkannya. Cuba lihat gambar di sebelah ini. Isu lain tidak ada, yang ada liwat..liwat..liiwat...sampai nak meluat.
Mengapa Pemuda UMNO jadi begitu?Pemuda UMNO jadi begitu kerana tidak lain dan tidak bukan kerana ketua mereka pun macam samseng kampung dusun. Bila ketua samseng kampung dusun, anak buah pun jadi samseng taik anjing. Siapa tak kenal Khairy bila setiap kali pilihanraya.
Cuma PRK Penanti saja yang aman damai sebab UMNO mati sebelum ajal. Kali ini di Manek Urai pasti akan muncul kembali ketua samseng kg dusun ini. Kemungkinan juga Ezam Md Noor yang sepupu sepapat dengan Ibrahim Ali Al-Kataaaki, juga akan muncul semula di Manek Urai. Sian Ezam..dulu ceramah ribuan orang dengar. Tapi kini seratus orang pun tak sampai yang nak dengar ceramahnya. Yang ada hanya petugas UMNO sahaja.