SharpShooter Followers

Tuesday, July 07, 2009

Pemuda UMNO nak bela Kg Buah Pala?

Utusan Malaysia Online hari ini menyiarkan berita Pemuda UMNO bidas Guan Eng 'cuci tangan' dalam isu Kg Buah Pala. Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan membidas tindakan Setiausaha Agung DAP itu sambil menyifatkan Guan Eng melarikan diri daripada masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Rakyat sudah boleh lihat bagaimana kerajaan pakatan pembangkang ini menguruskan pentadbiran Pulau Pinang.

"Sememangnya mereka tidak mampu mentadbir dan tidak peka terhadap masalah rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakata Lim Guan Eng 'cuci tangan' dalam isu Kg Buah Pala. Beliau cuma minta tolong Najib dan jawapan Najib pun kita dah tahu dah. Sah Najib yang 'cuci tangan'.
Mengapa bila isu Kg Buah Pala yang penduduknya India tiba-tiba Ketua Pemuda UMNO nak tunjuk jaguh pula. Kenapa pada tahun 2006 Isu Kg Nelayan Sg Batu yang penduduknya Melayu, YB Syed Amerudin wakil rakyat UMNO dan anda sendiri menjadi dalang untuk mengusir mereka dalam bulan Ramadhan ketika nak sambut hari raya? Bukankah Pemuda UMNO pembela Melayu no 1? Bukankah Pemuda UMNO pejuang Bangsa Melayu no 1? Mana suara Pemuda UMNO tentang isu Kg Nelayan Sg Batu?

Berita Harakah April 2008 -
Sebahagian penduduk Kampung Sungai Batu, Balik Pulau terus berendam air mata kerana tidak dapat berpindah ke rumah flat di Taman Vanila ekoran ketiadaan wang berbuat demikian terutamanya kos penggangkutan dan kegunaan persiapan menduduki kediaman baru.

Rata-rata mereka mengharapkan pampasan setelah rumah mereka dirobohkan oleh Pemaju Perumahan Guan Bee Hup Kee Sdn Bhd untuk saraan hidup bila ditempatkan di kediaman baru lima tingkat itu kelak.

Harakahdaily dimaklumkan, perkampungan yang dirobohkan pada 31 ogos 2006 iaitu seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kini dibangunkan perumahan bertaraf mewah. Mereka ditempatkan sementara di rumah panjang sebelum pemaju menyiapkan rumah flat lima tingkat.

Bahkan, ramai yang mendakwa tertipu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Syed Amirudden Syed Ahmad merangkap Exco Perumahan Negeri sewaktu era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana bersuara bagi pihak pemaju setiap kali pertemuan diadakan.

Bukan itu sahaja, mereka juga kecewa dengan sikap Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak yang dilantik kerana bertindak senada dengan pemaju dan akhirnya lakonan mereka terbukti apabila mereka mendapat keistimewaan.

Salah seorang penduduk, Siti Aminah Salleh 47 berpendapat, sukar untuk berpindah ke diaman baru sebab tiada wang samada untuk kos perpindahan, penyelenggaraan atau membayar sewaan nanti.

Jika pemaju memberikan pampasan beliau percaya isu ini tidak timbul sebaliknya berjalan lancar kerana penduduk bukan menentang pembangunan. "Kami hanya mahukan pampasan.
Barulah semua boleh hidup selesa dan kami pun dapat merasai nikmat pembangunan," tegasnya kecewa.

Sekarang ini hidupnya terumbang ambing kerana hilang mata pencarian apabila gerainya diroboh tanpa sebarang pampasan. Rakannya, Jamaliah Ismail 55 pula kesal bekas Adun Bayan Lepas terus lepas tangan bilamana BN kalah dalam pilihanraya umum lalu.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com