SharpShooter Followers

Monday, July 06, 2009

TV3 Dulu, Kini dan Selamanya...


UMNO BN TV3 dan kawasan2 yang sepusat dan sepusing dengannya tidak pernah belajar dari kesilapan mereka. Mereka tidak pernah rasa malu untuk siarkan berita yang berat sebelah. Mereka mengaku media ini milik 1 Malaysia tetapi yang hanya disiarkan semua laporan yang menyebelahi UMNO dan BN.

TV3 akan terus menjadi TV3 suku bila menjelang pilihanraya. Mereka akan guna media sebaik mungkin untuk menghentam Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya rakyat terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapat berita. Sebab itu internet menjadi pilihan media alternatif rakyat.

Wujudnya blog serta laman web persendirian yg pro Pakatan Rakyat adalah untuk memberi gambaran dan pandangan tentang Pakatan Rakyat. Hari ini pemimpin tidak boleh nafikan peranan media internet ini serta kesannya. Para bloggers sanggup berkorban tanpa upah untuk membuat liputan. Kalau anda mahu tubuh badan yang sihat jangan tengok TV3 menjelang pilihanraya. Serangan jantung dapat dihindarkan.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com