GEORGETOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang pada Isnin mencabar kumpulan 97 ahli dari cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini supaya membuktikan tindakan mereka keluar dari parti itu.
Naib Pengerusinya, Abdul Malik Abul Kassim berkata, jurucakap kumpulan itu perlu menunjukkan nama dan surat peletakan keahlian kesemua 97 ahli yang didakwa telah menyertai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
"Saya tidak percaya mereka telah melompat ke Kimma kerana saya sendiri tahu bilangan ahli keturunan India Muslim di dua cabang itu,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Abdul Malik, yang juga Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, berkata, tindakan ketua kumpulan itu adalah kerana rasa cemburu dan isu kekeluargaan ekoran pelantikan salah seorang saudaranya.
Pada Sabtu lalu, ketua kumpulan itu, Mohamed Ibrahim A. Siahoo, memberitahu media bahawa 97 ahli itu keluar dari parti selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR.
Beliau mendakwa PKR gagal membela nasib dan kebajikan rakyat sebelum menyerahkan borang untuk menganggotai Kimma. -BERNAMA
Sharpshooter - hanya mamak yang kenal mamak.. :-)Zul mamak..Kasi pecah la...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kempen pilihan raya kecil yang lesu di Merlimau dikejutkan dengan 'gambar lucah' palsu pemimpin Pakatan Rakyat yang disebarkan di kawasan itu. Risalah dengan gambar-gambar yang dipalsukan itu membabitkan lima pemimpin Pakatan Rakyat yang ditampal dengan gambar bogel wanita dalam kedudukan yang menghairahkan dan didakwa mula tersebar sejak hari pertama kempen.
Lima pemimpin yang 'diserang' itu adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; anggota exco Selangor, Teresa Kok dan ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching.Bercakap pada sidang akhbar, petang semalam, ahli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him berkata dua keping gambar itu dijumpai di Kg Ayer Merbau dan Kg Chinchin, tempat asal calon PAS, Yuhaizad Abdullah.
Satu daripada gambar berkenaan menunjukkan gambar separuh bogel Anwar dengan mesra mendakap pengadu kes liwatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan 'dara kontroversial yang berusia 40 tahun'- Ummi Hafilda. Risalah itu berjudul "Kalau Umno haram, kalau PAS halal". Satu lagi risalah meletakkan kepala Nik Aziz yang terselit di celah kangkang kaki perempuan dengan kata-kata "Ingat PAS, ingat zina, tuihh!".
'Barang bagus baru barang naik' Ia juga memaparkan gambar mursyidul am PAS itu yang tersenyum sambil memberikan isyarat tangan bersetuju dengan kata-kata "Barang bagus baru barang naik".
Gambar Elizabeth Wong dalam baju tidur seksi yang diambil dari video kontroversialnya yang disebarkan beberapa tahun lalu juga dimuatkan. Teresa Kok pula digambarkan berpakaian jarang dengan mengayakan kedudukan lucah tetapi gambar palsu Teo Nie Ching dianggap paling keterlaluan.
Gambar dengan kakinya yang terkangkang dipaparkan dengan hanya dilitupi logo DAP. Bersebelahan gambar itu diselitkan gambar lain yang membabitkan 'orgy'. Walupun tiada logo BN dikesan pada risalah berkenaan, Sim percaya, ia didalangi oleh gabungan itu. "Setiap pilihan raya, calon mesti bertanding dengan adil dan bukan menggunakan taktik kotor seperti ini. "BN seharusnya menjelaskan perkara ini," katanya. DAP akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, hari ini.
Sharpshooter - Inilah pondan siam namanya, berani edar tetapi tidak berani mengaku. Kalau umno betul-betul anak jantan dan betul-betul mereka yang punya angkara, agak2 beranikah mereka mengaku...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Utusan Meloya 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.
Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.
Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.
"Banyak janji yang ditabur kepada kami, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan Parlimen ini. Jadi kami semua amat kecewa dengan beliau serta PKR juga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Raymond, satu persatuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli yang keluar parti itu ditubuhkan iaitu Persatuan Gerakan Semangat Satu Malaysia (Sesama) demi menjaga kepentingan mereka yang terlibat.
Beliau berkata, persatuan itu dijangka disertai kira-kira 3,000 ahli dalam masa beberapa bulan lagi.
Raymond dan ahli persatuan itu juga akan menyokong kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Sharpshooter - Ini lagi satu contoh KKS (kurang kasih sayang), laaa....kenapa 250 orang sahaja kenapa tak tulis 2500 kan nampak lebih gah.
Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.
Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.
Semua ini adalah usaha berterusan untuk terus mencalarkan imej Keadilan supaya Keadilan dilihat bebanan kepada PAS dan DAP. umno dan b-end berharap mudah-mudahan, PAS dan DAP akan menceraikan Keadilan dalam Pakatan Rakyat.
umno dan b-end berharap, bila PAS terus kalah dalam pilihanraya kecil, akan ada pimpinan PAS yang akan menyalahkan Keadilan dan Keadilan adalah punca kekalahan PAS. UG atau Kerajaan Perpaduan masih belum terhenti dan memang ada segelintir pimpinan PAS yang meleleh air liur dengan tawaran umno dalam Kerajaan Perpaduan termasuk menjadi Menteri Besar dan Menteri.
Mengapa Lembah Pantai?sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Lembah Pantai? sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah dan ibunya adalah Presiden Keadilan Dr Wan Azizah.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Seramai 97 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Bayan Baru dan Tanjong di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti itu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.
Mohamed Ibrahim A. Siahoo, yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar daripada PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji untuk membela nasib rakyat khususnya kaum India Muslim.
"Keputusan kami ini waras dan tidak dipaksa oleh mana-mana pihak, sebaliknya mula sedar tentang parti mana yang boleh membantu kami,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang untuk menganggotai Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kepada Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader di sini. - Bernama
Sharpshooter - Sebagai aktivis 1998 dan ahli Keadilan sejak 1999, tidak ada seorang pun wajah mereka yang sharpshooter kenal. Terlibat dari penubuhan awal bersama Mansor Othman, TKM 1 P.Pinang menjelajah dari satu bahagian ke satu bahagian (kini disebut Cabang), tidak pernah nampak pun kelibat mereka. Kenapa 97 tidak 970 baru nampak lagi gah.
Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.
Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.
Puncanya apa? puncanya ialah kerana niat berjuang tidak betul. Jika kita berjuang dalam Keadilan hanya semata-mata kerana Anwar Ibrahim, kita akan kecewa kerana Anwar Ibrahim bukanlah malaikat.
Anwar tak jawab sms dah nak merajuk, Anwar tak balas emel dah nak merajuk, Anwar tak dapat hadir kenduri kahwin pun nak merajuk, Anwar tak balas twitter pun nak merajuk, Anwar tegur sikit pun nak merajuk, Anwar marah sikit pun nak merajuk, tak dapat jawatan pun nak merajuk, tak dapat jadi calon pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Majlis pun nak merajuk, tak dapat jadi Ahli Lembaga Pengarah GLC pun nak merajuk, kalah dalam pemilihan pun nak merajuk, mereka ini adalah golongan orang KKS (kurang kasih sayang).
Sebagai pendokong atau ahli Keadilan, cuba tanya diri kita, adakah kita ini tergolong dalam golongan KKS? Jangan terjebak atau biarkan diri anda termasuk dalam golongan KKS. Jadilah seorang pejuang yang terus berjuang, soal dalaman parti yang belum selesai kita terus lawan, lawan tetap lawan. Lawan umno b-end sampai tumbang walaupun dalam tempang.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka, Sheikh Yusuf al Qardawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang disokongnya di Mesir.
Anwar merujuk kepada laporan National Review yang memetik Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan.
Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap penyumbang dalam proses menjayakan demokrasi di negara itu selagi tidak menolak keganasan.
" Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Dato' Sri Najib di Amerika Syarikat?, " kata Anwar.
"Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan," tambah Anwar dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Najib dalam wawancara itu berkata, Ikhwanul Muslimin tidak harus dianggap bersama-sama dalam proses menjayakan demokrasi di negara ini selagi tidak menolak keganasan.
"(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme," kata Najib.
Malah Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi.
Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.
Menurut Anwar, kenyataan Najib itu membuka pekung kecurigaan Najib kepada ulama tersohor dan gerakan Islam seluruh dunia.
"Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431? Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib Razak terhadap beliau, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut," tegas Anwar.
Sharpshooter - Najib...eloklah suruh suamimu perdana menteri rosmaah mansor tarik balik Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431 yang pernah diberikan kepada Sheikh Yusof Al-Qaradawi.
Mana hilangnya suara 40 ulamak muda umno dan pejuang agama melayu no1 zul noordin dalam hal ini...masih tidur nyenyak di bawah ketiak bik mama ka...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Menjelang hari penamaan calon PRK Merlimau esok, Umno mengalami tsunami politik apabila Wanita Umno Jasin, Zaleha Bujang menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya. Tindakan ini diambil kerana kecewa wakil Wanita Umno tidak dipilih menjadi calon untuk PRK Merlimau.
Sebaliknya Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon BN yang kurang dikenali dan popular di kalangan pengundi di situ. Perkara ini disahkan oleh Ketua Wanita Umno Jasin yang mengatakan bahawa beliau merasa tersinggung kerana pemilihan Roslan Ahmad menunjukkan pucuk pimpinan Umno mengenepikan sumbangan dan peranan wanita.
Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita Umno tidak didengari oleh pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon.
Beliau juga tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila kesungguhan Wanita Umno Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan Umno. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita Umno dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat.
Kepada pengundi Merlimau, inilah watak sebenar Umno yang bercakaran dan berebut sesama sendiri untuk menjadi calon yang lebih kepada kepentingan peribadi dan mempunyai agenda tertentu. Inikah tradisi membela rakyat yang mereka slogankan selama ini? Adakah ini yang dinamakan rakyat didahulukan? Berbeza dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat sama ada sayap Pemuda dan Muslimat dan komponen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR dan DAP yang sentiasa meletakkan agenda membela nasib rakyat dan keadilan serta membawa perubahan politik dan ekonomi sebagai teras perjuangan. Pendedahan Ketua Wanita Umno Jasin ini sekali gus mendedahkan tembelang sebenar Umno/BN yang kononnya sentiasa berganding bahu dan berpegang teguh kepada pucuk pimpinan.
Walau bagaimanapun kepada semua petugas PAS dan Pakatan Rakyat tidak mudah leka dan terbuai-buai dengan pergolakan yang berlaku dalam Umno di Merlimau sebaliknya terus meningkatkan momentum dan gerak kerja untuk menwan hati pengundi serta membawa mesej yang lebih besar bukan sahaja untuk PRK Merlimau tetapi dalam gagasan yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum ke 13. - dari Blog Angkasanuri.
Sharpshooter - Siannyer...dah termimpi jadi YB tiba-tiba nama lain pula yang naik. Tapi merajuk tu sekejap saja, ini strategi namanya..maka akan datanglah kepadanya wakil najib atau wakil mat sembab atau wakil wira ali...akan bagi sesuatu yang menarik dan maka selepas itu terbuka lah balik bilik gerakan tu...dengan jampi ....niat eng son mata kaji semarti seng....
kita dah lama jangka stail wanita umno ...hahaahaha
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Apabila ALLAH berkata kepada para malaikat yg Ia akan menjadikan Khalifah di muka bumi maka sekalian para malaikat pun membangkang. Tindakan malaikat ini telah menimbulkan kemurkaan ALLAH.
Maka para malaikat pun segera memohon ampun dari ALLAH dngan mengelilingi 'Arasy sebanyak 7 kali sehinggalah ALLAH mengampunkan mereka.
Setelah itu ALLAH memerintahkan malaikat agar mendirikan sebuah rumah di bumi yg andainya anak-anak Adam melakukan dosa maka mereka bolehlah mengelilingi rumah itu sebanyak 7 kali ( Baitullah-Kaabah ).
Maka turunlah malaikat ke bumi membina Kaabah. Setelah siap ALLAH mengangkatnya ke angit yg keempat ketika DIA menjadikan banjir.
ALLAH juga menjadikan sebuah menara disamping Kaabah yg dinamakan Baitul Makmur.Panjang menara ini 500 tahun perjalanan.Bila tiba setiap hari Jumaat akan naiklah malaikat Jibrail a.s. ke menara Baitul Makmur itu lalu melaungkan azan.
Manakala malaikat Israfil a.s. naik ke atas mimbar dan berkhutbah sementara malaikat Mikail a.s. menjadi imam bagi sekalian para malaikat.
Setelah selesai solat berkata malaikat Jibrail a.s. "Pahala yg aku dapati dari solat berjemaah ini aku berikan kepada pembaca khutbah yg berada di bumi."
Berkata malaikat Mikail pula,"Pahala yg aku perolehi sebagai imam ini kuberikan kepada mereka yg menjadi imam di bumi pada hari Jumaat."
Berkata sekalian para malaikat,"Pahala yg kami dapati dari solat berjemaah ini kami berikan kepada mereka yg menjadi makmum di belakang imam."
Berkata ALLAH, "Wahai sekalian malaikatKU! Adakah kamu lebih pemurah kepada hambaKU dariKU,sedangkan AKUlah Yang Maha Pemurah dari segalanya.
Bersaksilah wahai para malaikatKU, AKU telah mengampuni mereka semua khususnya untuk umat ini dan umat yg terdahulu tidaklah mendapat keistimewaan ini."
Nik Aziz Nik Mat menjulang tangan bakal calon PAS bagi kerusi Kerdau, Hassanuddin Salim (dua kiri) di Temerloh semalam.
TEMERLOH, 25 Feb — Ketua Penerangan PAS Pahang, Hassanuddin Salim hari ini diumumkan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini.
Pencalonan Hassanudin dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di hadapan kira-kira 2,000 penyokong parti itu di Markas Induk PAS Kerdau di sini malam tadi.
Pengarah pilihan raya kecil PAS bagi DUN Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam sidang media, menyifatkan Hassanuddin, 43, sebagai calon terbaik parti itu.
Hassanuddin merupakan bekas calon bagi DUN Lanchang pada pilihan raya umum 2004 dan DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.
“Beliau lebih dikenali di DUN Kerdau dan saya percaya rakyat akan memberikan undi kepadanya,” kata Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS.
Sementara itu, Hassanuddin berkata beliau akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di Kerdau sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat.
Di JASIN, Melaka, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizat Abdullah, dipilih sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.
Pengumuman dibuat oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Merlimau, dekat sini.
Yuhaizat Abdullah, 38, diumumkan sebagai bakal calon PAS bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau malam ini.
Yuhaizat, 38, seorang ahli perniagaan, berkata pemilihan beliau sebagai wakil golongan muda dan berharap pengundi di kawasan itu akan memberi sokongan kepadanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 6 Mac manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.
Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.
Pada pilihan raya Umum 2008, Zaharuddin dari Barisan Nasional (BN) menewaskan calon PAS, Hassanuddin dengan majoriti 1,615 undi.
Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, daripada BN meninggal dunia pada 20 Januari lalu kerana diserang sakit jantung.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. — Bernama
Sharpshooter - Semoga PAS menang..InsyaAllah..takbir
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Pakatan Rakyat akan membuktikan solidariti bersama rakyat Libya yang menentang pemimpin diktatornya, Muammar Gaddafi dengan mengadakan perhimpunan aman di luar kedutaan Libya di Jalan Madge, Ampang, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat hari ini
Sekurang-kurangnya 500 penyokong, termasuk pelajar Libya yang menuntut di negara ini dan kakitangan kedutaan berkenaan akan mengambil bahagian.
Ketua biro antarabangsa PAS, Syed Azman Syed Ahmad berkata satu memorandum juga akan dihantar kepada duta Libya bagi menuntut pemberhentian serta merta pembunuhan orang awam.
"Kami berpendapat ada keperluan mendesak bagi menyokong rakyat Libya, sebab pembunuhan beramai-ramai rakyat yang tidak berdosa tidak harus dibiarkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Perhimpunan itu dijadualkan pada jam 2.30 petang selepas solat Jumaat dan dijangka berlangsung selama sejam. Beberapa NGO juga dijadualkan akan mengambil bahagian.
Menurut Syed Azman, duta Libya ke Malaysia juga kemungkinan besar akan menyertai perhimpunan di luar kedutaannya itu.
Ahli jawatankuasa pusat PAS, Mohamad Sabu pula meminta semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dengan berkumpul di luar pejabat kedutaan Libya.
"Semua orang patut hadir hai ini bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap keganasan dan pembunuhan penunjuk perasaan yang tidak berdosa,” kata Mohamad.
Selasa lalu, pegawai kedutaan Libya di Kuala Lumpur menyertai rakan-rakan mereka di seluruh dunia membidas Gaddafi kerana pembunuhan ramai rakyat yang mengambil bahagian dalam protes di negara itu.
Mereka membakar potrait diktator yang telah berkuasa lebih empat dekad lalu pada protes lebih dua jam itu sebelum diarahkan oleh polis supaya bersurai.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sumbangan Ikhlas Diperlukan untuk DANA PRK KERDAU: AKAUN PERHUBUNGAN PAS PAHANG : BIMB (06-02-80-10-00-00-76) MAYBANK: (55-60-57-20-18-47)
SMSKAN Matlumat sumbangan anda ke dengan menaip: PRK Kerdau Nama Bank Jumlah Tarikh ke 0139008480
JAZAKALLAH!
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Dijemput semua meramai dan memeriahkan lagi Expo PIHEC 2011 di PISA, Bayan Lepas yang akan berlangsung pada 25 Feb-27 Feb Jumaat hingga Sabtu (minggu hadapan) dari 11 pagi- 8 malam. Terdapat 4000 naskah majalah Milenia akan diedarkan secara percuma disamping sampel produk-produk baru turut diedarkan. Hadiah berbentuk hamper produk juga menanti pengunjung yang bertuah. Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan. Masuk adalah percuma. JUMPA ANDA DISANA!!!
Persidangan yang bertemakan Sains Kehidupan dan Penyelidikan & Pembangunan Makanan Halal juga akan berlangsung sepanjang hari pada 26 Feb 2011 di Hotel Eastin, Queensbay Bayan Lepas.
Penceramah adalah dari ahli perniagaan serta saintis terkemuka dunia dalam dan luar negara. Bagi Seminar yuran penyertaan dikenakan hanya RM150. Jangan Lepaskan peluang untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi negara dalam industri Halal.
Tonggak utama yang merealisasikan PIHEC- YB Tuan Hj. Abdul Malik Kassim. Exco Perdagangan, Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna. Beliau juga adalah Pengerusi Halal Penang @ PIHH Development Sdn. Bhd.
Penang International Halal Expo & Conference (PIHEC) Register Now!
Targeted Group : - Universities & Research Institute - Halal Companies (MNCs/SMEs) - Government Departments/Agencies - Trade Associations - Islamic Associations and Bodies - Science community - Business community
Ucapan Perasmian PIHEC 2010 oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng
Persidangan bersama Pakar dalam Industri Halal
Lawatan ke tapak pameran
Peserta di persidangan PIHEC 2010
Usahasama bersama Kumpulan HIG dari UK
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Sumpah Gaddafi 1 Libya 1 Israel - Beliau bersmpah akan terus kekal sebagai pemimpin Libya dan bersedia "mati syahid" bagi mempertahankan tanah airnya.
Beliau juga memerintahkan polis dan tentera menghancurkan pemberontak yang cuba menggugat pemerintahannya selama 41 tahun dan memberi amaran penunjuk perasaan akan diperangi sehingga ke titisan darah terakhir.
Bila rakyat sudah terlalu marah kerana zalim dan menindas rakyat..beginilah jadinya...gambar Gadaffi dipijak dan mungkinkah akhirnya Gaddafi akan lari ke luar negara seperti Hosni Mubarak...
Sampai kanak-kanak pun benci Gaddafi...
Apa pula sumpah anak Gaddafi 1 Libya 1 Israel - Beliau berkata bahawa ayahnya tetap bertanggung jawab sebagai pimpinan negara dengan dukungan tentera dan akan "melawan sampai laki-laki terakhir, wanita terakhir, peluru terakhir. "
Wanita Libya sanggup bangkit melawan..mereka pertaruhkan nyawa mereka demi menumbangkan rejim Gaddafi..sudah lebih seribu rakyat Libya yang terkorban...
Apa pula sumpah najib 1 Malaysia 1 Israel - "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!"
Kata najib lagi "Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada pengkhianat bangsa dan tanah air?" Adakah ini 1 Malaysia 1 Israel adalah satu kebetulan? Adakah benar najib tidak meniru 1 Israel? Akibatnya 4 Ahli Parlimen Anwar, Azmin, Sivarasa dan Karpal Singh digantong selama 6 bulan kerana isu 1 Malaysia 1 Israel.
Bila anak muda dan rakyat bangkit melawan pemerintah yang menindas...akhirnya gambar najib dipijak...adakah akhirnya najib juga akan lari ke luar negara seperti Hosni Mubarak...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan setiausaha politik barunya Zairil Khir Johari berkuat kuasa hari ini.
Dalam pengumumannya, Lim berkata pemuda berusia 28 tahun itu akan ditugaskan membantu beliau dalam urusan politik dalam parti.
"Saya yakin dengan pengalamannya yang luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan yang positif kepada parti," katanya Lim lagi dalam satu pengumuman di ibu pejabat DAP Nasional di Kuala Lumpur hari ini.
Zairil berkelulusan sarjana dalam pengajian antarabangsa dan diplomasi daripada University of London.
Zairil juga berpengalaman sebagai seorang usahawan dalam industri coklat.
Lim berkata Zairil turut dipilih berdasarkan sikap "idealis dan reformis" pemuda itu.
"Bila anda kata mahu reformasi, anda bercakap mengenai idealisme praktis. Anda perlu juga menjadi pragmatik dan praktis bagi memastikan usaha dan tindakan dijalankan.
"Di sini saya yakin dengan pengalaman beliau yang begitu luas dan pelbagai, Zairil akan memberi sumbangan positif kepada parti dan lebih penting lagi kepada masyarakat.
"Dia sangat terpelajar dan mungkin boleh ajar saya perkara yang saya tidak tahu," kata Lim lagi.
Dalam sidang media itu, Lim turut ditanya sekiranya pelantikan Zairil itu dibuat bagi meningkatkan sokongan daripada kalangan masyarakat Melayu.
Lim sekadar berkata, DAP mahu mendapatkan sokongan daripada semua golongan masyarakat dan bukannya dari kalangan Melayu sahaja.
Tambahnya, Zairil juga dilantik berdasarkan keupayaannya dan bukan semata-mata kerana pemuda itu seorang Melayu.
"Kita bukan lantik dia sebab dia Melayu tapi sebab dia layak.Saya tengok kepada kelayakan beliau dulu, dan secara kebetulan dia seorang Melayu.
"Bermakna, kelayakan ini tidak mengenal kaum," kata Lim.
Katanya lagi, Zairil juga telah lama memerhatikan DAP sebelum menyertai parti itu.
Tambahnya, DAP juga akan terus meningkatkan tumpuan kepada masyarakat Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan tegar.
"(Masyarakat) Melayu perlu menjadi penerima utama (tindakan basmi kemiskinan) bukan kerana bangsa tetapi kerana keperluan," katanya.
Zairil yang memulakan tugasnya di ibu pejabat nasional DAP hari ini berkata, tumpuannya kini adalah untuk membantu Lim "dalam apa-apa hal yang dia minta."
"Itulah rancangan saya sekarang. Hari ini pun dia dah bagi tugas yang banyak.
"Sememangnya apa-apa kerja untuk YB Lim ini memang tak ada yang senang. Beliau seorang bos yang rajin bekerja keras 24 jam sehari.
"Jadi sebagai orang bawahan dia kita kena kerja lebih keras -- 25 jam sehari," tambahnya.
Sharpshooter - Benarkah Guan Eng lantik Melayu....nanti perkosa kata Guan Eng tipu sebab muka macam Cina kalau muka macam ketua putera Umnok tak pa lah...hahahaha....
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ceramah Umum 24 Feb 2011, 9.00 mlm Parit, Perak (pertanyaan 0125367699)
Ceramah Umum sempena Karnival P.Pinang Harmoni 25 Feb 2011, 9.00 mlm Dewan Milineum Kepala batas (pertanyaan 0134145663) Ceramah Umum 25 Feb 2011, 11.00mlm Sg. Ara, Bayan Baru (pertanyaan 0174787013)
Ceramah Umum 26 Feb 2011, Felda Jengka 19, Pahang
Ceramah Umum 27 Feb 2011,9.00mlm Dungun (pertanyaan 0199633325)
Ceramah Umum 28 Feb 2011,9.00mlm, Besut (pertanyaan 0145390588)
1Mac : Kerdau
2 - 3 Mac : Merlimau
4 - 5 Mac : Kerdau
TERBUANG TAPI TERBILANG..
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Hayati cerita bekas tahanan ISA Guan Eng dan Kit Siang dalam video ini yang turut sama diceritakan oleh adik Guan Eng.
Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.
Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah. Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum. Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.
Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara. Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.
Sejumlah 106 orang, termasuk ahli politik, pejuang pendidikan Cina, pencinta alam dan pekerja agama ditahan dalam Operasi Lalang, malah 40 orang antaranya dilanjutkan penahanan dua tahun. Permit akhbar The Star, Watan, Sin Chew Jit Poh dilucutkan, dan hanya kembali beroperasi pada tahun 1988. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila Mahathir menafikan bahawa dirinya adalah dalang utama di sebalik operasi penekanan politik ini.
Mahathir terlupa
Rakyat bukan menuduh sembarangan apabila menuding jari terhadap Mahathir, sebagai dalang "Operasi Lalang". Setelah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Musa Hitam dicantas, Mahathir sebagai PM merangkap jawatan Menteri Dalam Negeri sejak tahun 1986. Jawatan Menteri Dalam Negeri ini hanya diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Abdullah Ahmad Badawi, selepas Pilihan Raya Umum tahun 1999.
Meskipun Mahathir berdepan dengan sekta yang berlainan pada awal zaman pemerintahannya, namun beliau berjaya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kanan) bersama pasukan B-nya, dalam pergelutan kuasa yang sengit dalam UMNO. Mahathir berjaya mempertahankan kedudukan sebagai PM, Menteri Dalam Negeri, Pengerusi BN dan Presiden UMNO.
Polis Diraja Malaysia berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri - adalah sesuatu yang tidak masuk akal bahawa polis berani mengingkari arahan Mahathir - jika dilihat kepada sifat Mahathir yang diktator.
Jikapun tidak membincangkan realiti hubungan politik pada ketika itu, Mahathir tetap tidak boleh memisahkan diri dari tanggungjawab "Operasi Lalang" seandainya disemak peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA). 40 dari 106 orang tahanan dilanjutkan penahanan dua tahun, yang seandainya dirujuk kepada Seksyen 8 (1) ISA - adalah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan agar penahanan dua tahun dikenakan, seandainya pada budi bicara Menteri, tahanan tersebut mengancam keselamatan negara.
Menurut ISA, walaupun Seksyen 73 memperuntukkan kuasa kepada polis untuk menangkap tanpa waran sesiapa yang boleh ditahan mengikut Seksyen 8, tetapi Seksyen 73(3) juga menyatakan bahawa tempoh penahanan ini tidak boleh melebihi 60 hari. Malah, jika penahanan melebihi 30 hari, Ketua Polis Negara perlu melaporkan kepada Menteri Dalam Negeri tentang keadaan penahanan.
Oleh itu, seandainya Mahathir tidak merestui tindakan menindas yang tidak demokratik ini, beliau mempunyai sekurang-kurangnya dua peluang untuk menghalang, dan bukannya menjurus kepada penangkapan.
Pertama, mustahil polis tidak berunding dengan Mahathir sebelum operasi penangkapan yang sebegitu besar dijalankan. Namun, Mahathir tidak membantah, sebaliknya merestuinya. Kedua, selepas penangkapan 106 orang, suasana ketegangan (yang didakwa kerajaan) telah dikawal. Persoalannya, mengapa Mahathir tetap menandatangani arahan untuk melanjutkan penahanan selama dua tahun untuk 40 orang tahanan?
Seandainya Mahathir tidak bersetuju dengan penangkapan seawalnya, tetapi terpaksa akur kerana khuatir "berlakunya konflik perkauman" - maka beliau boleh membubuh noktah kepada operasi ini selepas penahanan 60 hari. Beliau tidak perlu menandatangani surat untuk melanjutkan tempoh penahanan - kuasa yang hanya dimiliki Menteri Dalam Negeri, dan bukan polis.
Sebagai PM, Mahathir adalah Ketua Eksekutif (kerajaan), maka beliau tidak terelak daripada tanggungjawab politik terhadap semua keputusan dan operasi kuasa eksekutif. Sebagai Menteri Dalam Negeri, Mahathir juga tidak terelak daripada segala tanggungjawab eksekutif terhadap keputusan dan tindakan PDRM. Kita boleh memahami keterbatasannya jikalau Mahathir sekadar Menteri Dalam Negeri - kerana Menteri Dalam Negeri mungkin membantah penangkapan polis, tetapi dihalang PM. Namun, Mahathir adalah PM merangkap Menteri Dalam Negeri - apa lagi alasan yang ingin dikemukakan untuk membela dirinya?
Menjadi bahan lawak
Bukan kali pertama Mahathir menafikan bahawa dirinya memainkan peranan yang negatif dalam pemerintahannya. Walaupun Mahathir adalah dalang di sebalik "krisis kehakiman 1988", namun beliau tetap berkeras untuk membela dirinya - bahawa bukan dirinya yang memecat Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, serta dua orang Hakim Mahkamah Agung yang lain, Wan Suleiman dan George Seah, tetapi tribunal.
Krisis kehakiman 1988 bermula dengan niat Mahathir untuk mengawal kuasa kehakiman. Sebelum tercetusnya "krisis kehakiman", beliau telah bersilat lidah dengan Salleh Abbas (gambar kanan) dalam isu kebebasan badan kehakiman, kemudian dilanjutkan pula kes kelangsungan UMNO/UMNO Baru (UMNO 11).
Tribunal yang menjatuhkan kesalahan "misconduct" (salah laku) ke atas Salleh Abas, ditubuhkan atas cadangan Mahathir kepada Yang Di-Pertuan Agung dengan kuasanya sebagai PM. Motifnya cukup jelas. Kini, Mahathir cuba mengasingkan diri daripada tanggungjawab ini - mungkin "muka tebal" tidak cukup untuk menyifatkan kenyataan sebegini.
Hujah-hujah Mahathir sepanjang lapan tahun yang lalu telah menghakis imejnya sebagai pemimpin dominan yang berkarisma. Seandainya Mahathir memilih untuk mengakui kesalahan politik dirinya, dan menunjukkan keikhlasan dirinya untuk bermuhasabah; atau tetap berpegang bahawa dirinya melakukannya demi kepentingan negara ketika itu, dan berdepan dengan segala tanggungjawab dan kritikan - ia semestinya lebih baik daripada apa yang dilakukan sekarang - enggan meminta maaf, sebaliknya menolak segala-galanya kepada orang lain.
Mungkin Mahathir ingin meninggalkan catatan bertulis untuk membersihkan tanggungjawabnya, agar mempertahankan reputasi sejarahnya. Tetapi perhitungannya silap. Tindakan ini sekadar menambah bahan lawak tentang dirinya dalam sejarah.
*Chang Teck Peng ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal yang disiarkan pada 15 Februari 2011.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.
Menurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.
"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.
Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.
Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Pelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.
Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.
"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.
Sharpshooter - Dah kalah terimalah hakikat...yang sudah tu sudahlah..jangan batalkan kemenangan tersebut.....jengan sampai anak muda Mahasiswa dan Mahasisiwi turun ke jalanraya pula....jangan ikut jejak bertapak umno P.Pinang dan Selangor...yang meroyan sampai hari ini sebab tak boleh terima hakikat kekalahan...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam pembunuhan ke atas ratusan rakyat Libya dan meminta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) campur tangan segera.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat Libya yang tidak bersenjata telah turun ke jalan raya menuntut hak mereka yang dinafikan selama puluhan tahun.
Tambahnya, tindakan pihak keselamatan kerajaan di bawah pimpinan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah menggunakan senjata berat ke atas rakyat yang menunjukkan perasaan mereka adalah tindakan tidak bertamadun dan tidak patut berlaku pada zaman moden ini.
Justeru, katanya masyarakat antarabangsa, yang bermati-matian mempertahankan hak asasi manusia, demokrasi dan perundangan antarabangsa wajar untuk memberikan tekanan kepada kepimpinan negara Libya.
Ini, tegasnya agar kepimpinan negara itu menghentikan segera kezaliman berkenaan dan menubuhkan badan siasatan bebas bagi menyiasat pembunuhan itu bagi memberi keadilan kepada mangsa-mangsa pembunuhan tentera dan polis Libya.
“Kepimpinan Libya yang telah menyekat hak rakyat selama puluhan tahun ini pula wajar untuk melepaskan jawatan dan mengembalikan demokrasi yang tulen kepada rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
PAS, tegasnya bersama dengan gerakan Islam juga menyeru agar dunia barat tidak memandang serong terhadap peranan gerakan Islam dalam melakukan perubahan secara demokrasi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, dunia barat juga tidak wajar mengamalkan sikap double standard dalam mencadangkan penyelesaian kemelut di Asia Barat.
Ini, katanya kerana tindakan meminggirkan peranan gerakan Islam yang ingin bersama rakyat untuk melakukan perubahan secara demokrasi akan hanya merumitkan lagi penyelesaian ke arah keamanan sejati.
Menurut laporan, pasukan keselamatan bertindak ganas menembak ribuan penunjuk perasaan dan mereka yang menyertai perarakan pengebumian di timur bandar Benghazi berikutan kebangkitan rakyat.
Kejadian itu menyebabkan 60 terbunuh pada Ahad saja, menurut doktor di sebuah hospital.
Sejak kebangkitan itu bermula, 233 penduduk Libya terbunuh, menurut pegawai perubatan, kumpulan hak asasi manusia dan pembangkang.
Di Kota Benghazi, penunjuk perasaan menguasai keadaan dan mengambil alih pejabat keselamatan utama selepas pertempuran membunuh 60 lagi penduduk.
Tindakan Libya terhadap penunjuk perasaan itu dikatakan yang paling keras antara negara Arab, berbanding bantahan yang menggulingkan pemimpin Tunisia dan Mesir.
OIC diminta bersidang segera
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam kenyataannya pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Libya sekarang ini.
Beliau juga berkata, PAS bersama rakyat Libya yang mahukan keadilan dan kebebasan.
Sehubungan itu, katanya, PAS meminta semua pihak membuat gesaan agar kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengutuk pembunuhan rakyat Libya oleh regim Gadaffi.
Beliau juga berkata, PAS meminta agar kerajaan Malaysia membekukan hubungan diplomatik segera dengan Libya.
Beliau juga menggesa agar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) segera bersidang untuk menghantar pemerhati dan pengaman ke sana.
"PAS doakan kejayaan rakyat Libya dan bebaskan negara mereka dari kekejaman pemerintah Ghadafi yang didokong dan dilindungi kuasa besar Barat khususnya Amerika syarikat, Italy dan Britain kerana kepentingan minyak dan Gas," katanya dalam kenyataan itu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
-
*ULASAN*
*Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN
jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...
Lagu Malaysia MADANI
-
"Malaysia Madani" Audio Production Team: Composer : Sam Lirik : Sam &
Pidaus Producer : Bunkface Arranger : Bunkface , Epul Kuat Recording
Engineer : E...
YB-YB Tolong Baca dan Hadam
-
Harapkan pingat tak dapat
Harapkan projek tak dapat
Semua tak dapat takpa ...tak kisah...
Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja..
Dulu kita kerajaa...
Sumbangan Khas Aidilfitri Kepada Penduduk Sik
-
Seperti biasa setiap tahun, 10 buah rumah keluarga paling daif akan
terpilih oleh kami dari 300 penerima untuk memberikan sumbangan raya ...
10 keluarga...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
-
MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini
sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami.
Rakyat Malaysia berhasrat men...
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
-
Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen
Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Hubungi...
Biji Benih Pokok Ulam Jarjir
-
Gambar pokok ulam Arab, Jarjir (جرجير)
Benih pokok Jarjir sebungkus 20g. +/- .. Harga
rm30 sebungkus atau rm55 dua bungkus, termasuk poslaju ..
W/a: 012 3...
Kelantan umum 11 Sept cuti peristiwa
-
*KOTA BHARU:* Kerajaan Kelantan mengisytiharkan 11 September 2016 (9
Zulhijjah) sebagai cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha.
Pengumuman itu dibua...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
Politik samseng ganas makin berakar dalam PAS?
-
Sebelum ni kereta Dr. Hatta kena bakar, rumah Hanifa Maidin kena ceroboh
dan pintu ofis Zulhazmi disimbah cat, kali ni Dr. Dzul pulak ditumbuk
dimuka tim...
Piala Dunia 2014 : Suatu Penilaian Buat Malaysia
-
Tiupan wisel sang pengadil sejurus beberapa minit sebelum azan subuh di
Malaysia pagi tadi menandakan berakhirnya kempen Piala Dunia 2014 di
Brazil. Ia j...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...