SharpShooter Followers

Monday, February 07, 2011

Cubaan merampas Selangor diteruskan.

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".

Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.

Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.

Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

NONEShuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.

Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.

Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.

Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Sharpshooter - Mungkinkah ini adalah fasa 2 usaha umno apco untuk merampas semula Selangor selepas Perak. Selangor adalah mesin ATM buat umno kerana negeri Selangor adalah negeri yang kaya. UMNO memekik menjerit melolong melalak seperti orang kurang siuman sebab mesin ATM mereka telah dirampas di Selangor.

Semoga YB Shuhaimi tabah hadapi cubaan ini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/