YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah bersama Pengerusi JKKK Perkampongan Juru sedang menyambut tamu yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2011 di Dewan orang ramai Perkampogan Juru.
Pak Abu orang kuat JKKK Sg Semilang bersama Sharpshooter yang diburu oleh Pak Menteri anak yatim :-)
Pengerusi Pertubuhan Wanita Mithali P.Pinang (Watami) Puan Hamizah bersama ajk Watami Cik Zaheera Hassan terpukau dengan persembahan Orkestra.
YB Ong Chin Wen dalam ucapannya terharu dengan kehadiran pengundi di Dun Bukit Tengah yang begitu ramai. Beliau berharap Tahun Baru Cina tahun arnab ini dapat menambah rezeki, kehidupan lebih harmoni, ekonomi dapat dipulihkan dan yang paling penting Pakatan Rakyat terus diberi mandat untuk memerintah di P.Pinang sepenggal lagi.
Acara "Lao Yee Shang" dimulakan, menurut kepercayaan Kaum Tionghua ia adalah sebagai doa untuk menambah rezeki. TKM 1, TKM 2, YB Law Choo Kiang turut memeriahkannya.
Walaupun Guan Eng tiba sekitar jam 10 malam kerana jadual yang padat, pengundi Dun Bukit Tengah masih sanggup menunggu ketibaannya.
Majlis diakhiri dengan penyampaian hamper cabutan bertuah oleh YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah.
YB Ong terharu dengan sambutan pengundi di Dun Bukit Tengah, beliau mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua yang hadir dan kepada pihak penganjur JKKK Perkampongan Juru dan JKKK Taman Bukit Minyak yang bertungkus lumus menjayakan majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Kadun Bukit Tengah.
Gambar sumbangan dari Tan Peng Tong Setiausaha JKKK Perkampongan Juru.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/