SharpShooter Followers

Monday, February 07, 2011

Taib Mahmud mesin ATM di Sarawak?



Taib Mahmud atau dikenali dengan gelaran Tok Uban Sarawak telah memegang kuasa selama 30 tahun di Sarawak. Beliau juga digelar Mesin ATM (Abdul Taib Mahmud) Sarawak.

Tok Uban menjadi kaya raya di Sarawak sedangkan negeri Sarawak yang paling miskin. Video di atas membongkarkan muslihat Taib, yang memperalatkan rakyat Sarawak dan merampas harta negeri Sarawak selama ini untuk kepentingannya sendiri.

Menurut laporan dari blog Sarawakreport.com, Taib Tok Uban didakwa mempunyai harta kekayaan berjumlah USD80 juta di Kanada dan USD60 juta di London.

Peranan syarikat Cahaya Mata Sarawak atau disebut sebagai ‘Chief Minister & Sons’ dipapar melalui montaj imej dan didakwa ‘menyapu’ semua projek pembinaan jalan raya, memasang paip dan membina kilang.

Turut disentuh dalam video tersebut adalah kongkongan melampau terhadap media di Sarawak dan kekangan terhadap aktivis yang mempejuang nasib rakyat Sarawak dengan memperalat polis dan samseng.

Apakah Taib Tok Uban akan menerima nasib sama seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak yang rakyatnya keluar protes beramai-ramai turun ke jalanraya mendesak agar Hosni Mubarak Berundur?

Laporan akhbar mengatakan harta kekayaan Hosni Mubarak mengatasi harta manusia terkaya di dunia, iaitu Carlos Slim Helu dan bagaimana beliau mampu mengumpul harta kekayaan ini bukan lagi persoalan. Selama 3 dekad pemerintahannya, anggaran kekayaan mencecah US$70 billion mengalahkan Harta Carlos Slim Helu sebanyak US$54 billion dan Bill gates sebanyak US$53 billion menurut Forbes.

Rangkaian berita ABC menyatakan kebanyakkan harta Hosni diperoleh melalui kontrak usahasama ketenteraan, melalui amalan rasuah, penyelewangan wang rakyat disamping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan dollar.

Semoga pemimpin yang rakus dan tamak dapat disingkirkan dari persada takhta. Jangan pilih pemimpin yang hanya gunakan rakyat ketika mahu bertanding sahaja tetapi selepas menang, wang rakyat pula yang dipunggah untuk kepentingan diri sendiri. Takbir.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/