SharpShooter Followers

Monday, February 28, 2011

250 ke 2500 India keluar PKR di Lembah Pantai

Utusan Meloya 27 Feb. - Seramai 250 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang rata-ratanya pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini bertindak keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan Ahli Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar.

Kesemua mereka berikrar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara yang terlibat, Naib Ketua Penerangan PKR Lembah Pantai, Raymond Suppiah yang meletakkan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Menurut Raymond, mereka mula hilang kepercayaan terhadap Nurul Izzah serta konco-konconya di peringkat cabang-cabang parti di Lembah Pantai.

"Banyak janji yang ditabur kepada kami, namun tiada pembelaan yang sewajarnya terhadap nasib kaum India di kawasan Parlimen ini. Jadi kami semua amat kecewa dengan beliau serta PKR juga," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Raymond, satu persatuan bagi menjaga kebajikan ahli-ahli yang keluar parti itu ditubuhkan iaitu Persatuan Gerakan Semangat Satu Malaysia (Sesama) demi menjaga kepentingan mereka yang terlibat.

Beliau berkata, persatuan itu dijangka disertai kira-kira 3,000 ahli dalam masa beberapa bulan lagi.

Raymond dan ahli persatuan itu juga akan menyokong kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam memberi khidmat terbaik kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sharpshooter - Ini lagi satu contoh KKS (kurang kasih sayang), laaa....kenapa 250 orang sahaja kenapa tak tulis 2500 kan nampak lebih gah.

Selepas 2008, berbondong-bondong sertai Keadilan termasuk bekas umno, mic, mca, gerakan dan tidak berparti. Keadilan terima mereka dengan baik. Kita tidak boleh nafikan ada sebahagiannya memang dirancang menyertai Keadilan dan akan keluar bila tiba musim pilihanraya. Mereka ini umpama spesis berudu dan akan bertukar menjadi katak bila tiba masanya macam katak besar zahrain.

Suka atau tidak, imej Keadilan memang tercalar teruk dengan isu lompat dan keluar beramai-ramai walaupun yang keluar itu tidaklah seramai yang disebut. Tetapi 11 wakil rakyat Keadilan berpaling tadah menjadi pengkhianat kepada amanah rakyat, itu adalah benar.


Semua ini adalah usaha berterusan untuk terus mencalarkan imej Keadilan supaya Keadilan dilihat bebanan kepada PAS dan DAP. umno dan b-end berharap mudah-mudahan, PAS dan DAP akan menceraikan Keadilan dalam Pakatan Rakyat.

umno dan b-end berharap, bila PAS terus kalah dalam pilihanraya kecil, akan ada pimpinan PAS yang akan menyalahkan Keadilan dan Keadilan adalah punca kekalahan PAS. UG atau Kerajaan Perpaduan masih belum terhenti dan memang ada segelintir pimpinan PAS yang meleleh air liur dengan tawaran umno dalam Kerajaan Perpaduan termasuk menjadi Menteri Besar dan Menteri.

Mengapa Lembah Pantai?sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah adalah anak kepada Anwar Ibrahim. Mengapa Lembah Pantai? sebab wakil rakyatnya YB Nurul Izzah dan ibunya adalah Presiden Keadilan Dr Wan Azizah.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/