SharpShooter Followers

Thursday, February 03, 2011

Pak Menteri Rais meracau lagi...

Jangan malu sanggah Nik Aziz – Rais

Utusan Meloya - PUTRAJAYA 2 Feb. – Masanya sudah sampai bagi orang Melayu dalam Pas terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa menyanggah pandangan yang sering dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat terarah kepada pemecah perjuangan kebangsaan dan perpaduan Islam.

Menyuarakannya atas faktor ‘mengenali sangat’ keperibadian Nik Abdul Aziz, menteri paling kanan dalam Kabinet, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau berpendapat Menteri Besar Kelantan itu terlalu ‘dibiarkan’ oleh Abdul Hadi yang kelihatan terlalu sedikit menyampaikan pandangan luhurnya kepada ukhuwah Islamiah.

Kepimpinan Pas yang lain pula, kata beliau, kebanyakannya terus ‘segan silu’ atau ‘malu-malu kucing’ terhadap pandangan kesat dan menyeleweng yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz.

“Kita tidak boleh ikut beliau secara melulu sebab kaki kita mesti cecah ke bumi. Ini kerana dunia kita adalah dunia yang berasas kepada undang- undang.

“Namun beliau selalu ubah nilai dan pendirian mengikut hari mana dan ikut sebelah mana beliau bangun pagi.

“Jadi, janganlah ditelan bulat-bulat kenyataan Nik Abdul Aziz ni seolah-olah beliau separa nabi atau separa wali ataupun separa pengerusi majlis fatwa kebangsaan. Mesti ada orang yang berani menyanggah pandangannya secara logik, orang Melayu Pas tidak harus fikir satu lorong sahaja,” kata beliau.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata demikian kepada Utusan Malaysia hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan-kenyataan Nik Abdul Aziz yang sejak kebelakangan ini sering kali mengundang kontroversi.

Terbaru, Menteri Besar Kelantan itu melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri Tenang yang tidak menyokong calon Pas sebagai orang jahiliah.

Rais berkata, pandangan yang terlalu obsesi terhadap Nik Abdul Aziz merugikan Islam sendiri apabila semua yang disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu didakwa benar belaka.

Menurutnya, tindak tanduk Nik Abdul Aziz boleh dibahaskan dalam ijtimak kerana beliau langsung tidak memberi peluang kepada orang lain di Kelantan atau dalam partinya ruang memberi percambahan pendapat.

“Islam bukan Nik Abdul Aziz, Islam ialah cukup indah kuat dan cukup menyeluruh. Seseorang yang berilmu dalam agama tidak akan mendabik dada, mempunyai sifat lemah lembut dan tidak mengelirukan ikut kepentingan politik semasa,” katanya.

Ditanya apakah jawapan beliau jika pandangannya ditempelak oleh para penyokong fanatik Nik Abdul Aziz, Rais berkata: “Saya dengan Nik Abdul Aziz sama-sama masuk Parlimen. Dalam hayat politik saya, saya lihat beliau kian lama kian tidak mencecah kakinya ke bumi.”

Rais turut berkongsi pengalaman lepasnya semasa dalam Parti Melayu Semangat 46 bersama Pas.

“Beliaulah (Nik Abdul Aziz) yang instrumental dalam kebanyakan krisis dan beliaulah menjadi batu penghalang yang banyak dalam soal penyatuan Melayu,” katanya.

Sharpshooter - Alahai Rais...mengapa suka meracau macam buang tebiat nak mampos saja. Mengapa mahu menjadi batu api cuba nak melaga-lagakan pimpinan PAS?

Adalah lebih baik pergi cari ikan laga dan lagakan ikan laga samada ikan laga Siam atau ikan laga Indon. Pasti melawan....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/