SharpShooter Followers

Tuesday, February 08, 2011

umno apco bijak membeli kapal laut

Sharpshooter - Kalau kita beli kereta Perdana dengan harga RM800,000.00 Adakah kita dianggap bijak? sudah pasti kita dianggap bodoh sebab beli harga kereta Perdana terlalu mahal 800% dari harga pasaran.

Tetapi adakah kerajaan umno apco bodoh apabila membeli kapal laut 870% lebih tinggi dari harga sebenar?

Jawabnya mudah, umno apco sudah pasti bijak dari dulu kini dan selamanya.
Sebab apa bijak?
Sebab itu bukan "corruption" tetapi "commission" namanya menurut istilah kamus yang diguna pakai oleh umno apco.
Sejak bila?
Sejak dulu kini dan selamanya....

Adakah pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan "commission" kapal selam RM500 juta?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib


Siapa yang jumpa Altantuya di Singapura?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib

Siapa yang arah bunuh Altantuya?
Jawabnya tanya rosmah suami puakanya najib

Keadilan Daily - Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) membayar 870 peratus lebih mahal dari negara lain bagi pembelian kapal laut, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

Beliau merujuk pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan RM6 bilion untuk membeli enam kapal laut.

Katanya, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu, sedangkan Malaysia membayar RM1 bilion setiap satu.

“Israel pula membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kurang RM219 juta daripada yang dibayar Kementerian Pertahanan,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Phua juga menyenarai harga kapal laut negara lain iaitu kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman AS188 juta (RM572 juta) dan Saar V dari Israel AS260 juta (RM791 juta)
setiap satu.

“Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang AS300 juta (RM913 milion) pada 2004,” katanya.

Sebelum ini, syarikat milik kerajaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Penang Shipyard and Construction Industries Bhd (PSCI) diberi kontrak sama pada 1998 bagi membina dan membekal enam kapal peronda dengan harga RM5.4 Bilion.

Bagaimana pun syarikat itu gagal menyiapkannya dan meminta kerajaan untuk mengeluarkan modal tambahan dipercayai akibat amalan korupsi dan membawa kepada krisis dalaman.

Berikutan itu, pengurusan PSCI dirombak dan digabung dengan Boustead Holding Bhd, menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/