SharpShooter Followers

Monday, February 14, 2011

Mungkinkah Ustaz Asri akan ditahan ISA



Video TV Selangor - Tamu Ustaz Dr Asri

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainol Abidin berkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

asri jais record statment colum upacara telan air ludah ustaz 100410 pcTV Selangor memetik beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, namun, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih.

“Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

egypt the day after mubarak overthrow celebration 1Justeru Asri berkata, mana-mana kerajaan termasuk di Malaysia terdedah kepada menghadapi kuasa rakyat di jalanan jika terlampau mengekang dan menindas penduduk khususnya bersabit hak asasi mereka.

Kuku besi

Asri berkata Mesir menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan kuku besi dijatuhkan semata-mata menerusi penduduk yang tidak menggunakan kekerasan, mereka hanya berbekal tekad dan iltizam untuk mengubah nasib mereka.

egypt the day after mubarak overthrow women celebrating 1"Kalau ada faktor-faktor tidak puas hati itu merebak ke dalam rakyat, saya rasa tak mustahil perkara yang sama boleh berlaku. Kerana kejadian perubahan di Mesir beri pengajaran kepada semua pemerintah bahawa perubahan boleh berlaku bukan dengan cara dulu tapi dengan cara baru, kuasa rakyat turun di jalan tanpa senjata, tanpa peluru dan hanya menzahirkan pendapat mereka," katanya.

azlanAsri menegaskan pengaruh Internet dan keluhan generasi muda tidak boleh diambil ringan dalam era globalisasi sebagaimana yang terbukti dalam kes Mesir.

"Bermula dari mereka dididik untuk meluahkan perasaan di facebook, di blog mereka, mereka luahkan di jalan raya. Tak perlu nak rosakkan harta awam, tetapi mereka turun demi kepentingan rakyat beramai-ramai. Tentera dilatih hadapi orang bersenjata tapi tidak dilatih hadapi rakyat tak bersenjata. Jadi mereka terpinga-pinga di hadapan kuasa rakyat yang tak bersenjata," kata Asri.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Lewat malam Jumaat lalu, kerajaan Mubarak tumbang apabila melancarkan tunjuk perasaan dan demonstrasi jalanan berterusan kerana hilang kepercayaan ke atas pentadbiran presiden itu yang didakwa dicemari rasuah dan salah guna wang rakyat .

Dengan menggunakan rangkaian media seperti Facebook dan Twitter, sentimen anti kerajaan menular dengan luas ke seluruh negara ibarat api yang merebak. Tindakan selama 18 hari itu berjaya menyaksikan Mubarak akhirnya tunduk dan meletakkan jawatan.

Sharpshooter - Mungkinkah selepas ini PERKASA akan membuat laporan polis untuk menangkap Ustaz Asri atas tuduhan menghasut rakyat?

Di Malaysia, dosa paling besar bukan syirik atau berzina atau rasuah atau membunuh tetapi dosa besar adalah menegur dan menentang pemimpin umno.

Sebab itu Isa Samad kata rasuah bukan masalah....

Isu murtad pun bukan masalah...

Isu berzina pun bukan masalah sebab itu kita bina Sekolah Hamil...

Isu pembunuhan Altantuya, Teoh Beng Hock dan kita tidak pernah lupa isu pembunuhan beramai-ramai di Memali termasuk Ustaz Ibrahim Libya....hingga sekarang tidak selesai sebab melibatkan orang politik...

Sepatutnya apa yang terjadi di Mesir hingga Hosni Mubarak terpaksa meletak jawatan dijadikan iktibar kepada mana-mana pemimpin pemerintah termasuk pembangkang di Malaysia.

Jangan rakyat hanya dipergunakan ketika mahu sokongan tetapi apabila berkuasa menjadi angkuh dan sombong serta memerintah secara "kuku besi"...

Aduan rakyat dibakul sampahkan....malah rakyat terus ditindas...ingatlah...Kuasa Rakyat Kuasa Keramat....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/