SharpShooter Followers

Thursday, February 17, 2011

Kereta Chegubard tersadai...

Kereta Chegubard kini tersadai di Kemunting Taiping setelah rosak di Bukit Merah semasa dalam perjalanan dari P.Pinang ke Bangi.

Mujurlah Halim Keadilan Bukit Gantang sudi meminjam kereta kembaranya untuk meneruskan perjalanan ke Bangi.

Hari ini Halim memberitahu bahawa kereta Chegubard tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa kena buat 'top overhaul' siaplah kena stanby sekitar seribu hingga 3 ribu.

Inilah sebahagian dugaan dalam perjuangan..

Ada yang pernah bertanya sharpshooter, Chegubard ni keje apa? Jawabnya mudah..Chegubard dibiayai oleh Altantuya, Rosmah dan Zahid Hamidi...

Ya memang itulah sumber pendapatan Chegubard yang hanya menjual buku Misteri Pembunuhan Altantuya dan vcd isu Zahid Hamidi, Perempuan Puaka dan fatwa Yusoff Qardawi tentang fitnah kes liwat Anwar Ibrahim dengan harga RM15 (pakej 1 buku dan 3 vcd) pada setiap kali ceramahnya.

Chegubard dalam twitternya petang tadi "Kereta smlm sangkut di Taiping, bengkel baru tel...perlu top 'overhaul' katanya.. Arghhh ribu2 bakal terbang... Dugaan.. Esok prog kedah.."

Inilah sebahagian dugaan dan rintangan dalam perjuangan tetapi masih kecil jika nak dibanding dengan perjuangan pemuda Palestine...lawan tetap lawan..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone