SharpShooter Followers

Tuesday, February 15, 2011

Isu roboh gerai di Taman Pelangi - AMK dan YB Ong cuba selesaikan masalah

JURU – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) memberikan tempoh sebulan kepada Kerajaan untuk menyelesaikan masalah berhubung isu gerai roboh di Taman Pelangi.

Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah berkata, Kerajaan Negeri yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng seharusnya bertanggungjawab di atas apa yang berlaku dengan membela nasib peniaga, bukan membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa arah tujuan.

Menurutnya, peniaga harus diberi pampasan dan penempatan semula supaya mereka dapat -terus berniaga untuk mencari rezeki demi menyara keluarga masing-masing.

“Ikhlas memberi mereka (Kerajaan negeri) tempoh sebulan dan dalam tempoh itu mereka perlu selesaikan dua perkara tersebut, beri pampasan kepada peniaga dan bina semula kedai mereka.

“Jika mereka gagal menyelesaikannya selepas tempoh tersebut, kita akan gunakan khidmat peguam untuk meminta pampasan tersebut. Selain itu, kita akan syorkan kepada semua peniaga bersatu di atas suara 1 Malaysia supaya menukar kawasan mengundi ke tempat mereka berniaga. Pada Pilihanraya Umum (PRU) 13, kita gunakan suara pengundi untuk runtuhkan kerajaan sekarang,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di Taman Pelangi, dekat sini, semalam.

Mohd Ridzuan berkata, sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Ikhlas membantu semua peniaga tanpa mengira fahaman politik kerana dasar perjuangan mereka adalah untuk membela nasib usahawan-usahawan kecil.

Beliau berkata, pihaknya juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penaja yang mana ia keahliannya adalah dalam kalangan 15 peniaga yang terlibat dengan operasi roboh, serta melantik seorang ketua untuk mengumpulkan maklumat mengenai peniaga.

Dan, pihaknya berperanan sebagai orang tengah akan duduk semeja bermesyuarat dengan peniaga berkenaan bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Dalam pada itu, beliau juga akan berhubung dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dalam masa terdekat bagi meminta bantuan Tsu Koon dan berharap beliau dapat memberi perhatian terhadap isu berkenaan serta membantu mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga.

“Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan kadar segera kerana saya bersimpati dengan nasib peniaga yang kehilangan punca pendapatan untuk menyara keluarga selepas insiden tersebut.

“Ikhlas juga tiada masalah untuk bertemu dengan Kerajaan Negeri bagi membincangkan mengenai perkara ini, tetapi tidak tahu samada mereka mahu bertemu kami atau tidak,” katanya.

Ikhlas yang mempunyai hampir 3,000 ahli di seluruh negara setakat ini akan melebarkan keahliannya di Pulau Pinang dalam sedikit masa lagi dan berharap ia dapat dijadikan medium kepada para peniaga kecil untuk menyalurkan masalah yang dihadapi akan bantuan sewajarnya dapat diberikan.

Sementara itu, pada perkembangan berkaitan, peniaga, Mohd Shukri Md Zain,48, mencabar individu yang mendakwa penduduk asal Taman Pelangi, sepertimana yang disiarkan Sinar Harian bertarikh 11 Februari lalu supaya tampil ke depan menunjukkan bukti bahawa dia ada memukul anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Katanya, tuduhan yang dibuat individu tersebut adalah tidak berasas, selain kesal kerana tiada seorang pun daripada wakil penduduk dan Rukun Tetangga (RT) tampil membantu peniaga ketika itu

“Saya cabar pemanggil tersebut tampil ke depan. Mengapa dia merahsiakan identitinya? Jika dia di pihak benar, sila tunjukkan diri dan bersemuka dengan saya,” katanya. - Sinar Harian

Nota - Ahad - Sidang media di atas dibuat sebelah pagi manakala sebelah petangnya AMK P.Pinang dan Yb Ong Chin Wen pula mengadakan sidang media seperti d bawah.

JURU – Hanya 10 gerai haram yang beroperasi di sekitar Taman Pelangi dirobohkan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada operasi fasa1 yang dibuat 7 Februari lalu, bukan 1,000 sepertimana yang dipaparkan akhbar sebelum ini. Ahli Majlis, Amir Md Ghazali berkata, 10 premis yang dirobohkan itu merupakan antara 22 gerai yang diberi notis MPSP, manakala 12 premis lagi diruntuhkan sendiri oleh pemiliknya.


Menurutnya, mungkin terdapat salah faham sebelum ini menyebabkan angka
1,000 itu digembar-gemburkan, namun tidak menolak jumlah premis termasuk peniaga yang melakukan penyambungan haram hampir 1,000 di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah yang diberikan itu adalah statistik sebenar yang dikeluarkan MPSP selepas operasi pada 7 Februari lalu. Berhubung dakwaan peniaga yang mengatakan premis mereka diroboh sebelum notis tamat tempoh, perlu diketahui bahawa Akta Jalan,Parit dan Bangunan 1974 dan notis yang diberikan adalah di bawah Undang-undang Kecil Penjaja MPSP 1991. “Sebanyak empat kali notis telah berikan sejak tiga bulan lalu.

Justeru, tindakan
penguatkuasaan terpaksa dibuat selepas mereka gagal mengosongkan premis walaupun banyak kali notis telah dikeluarkan,” katanya pada satu sidang media yang diadakan di sini. Dalam pada itu, beliau yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) menyangkal dakwaan pihak yang mengatakan MPSP selektif dalam isu merobohkan gerai peniaga.

Jelasnya, bukan semua premis yang dirobohkan milik orang Melayu, tetapi,
hanya empat sahaja, manakala sebuah gerai milik peniaga India, dua Cina dan selebihnya Indonesia yang berniaga secara haram. Katanya, terdapat juga premis yang dimiliki peniaga Melayu, tetapi, disewakan kepada warga asing turut dirobohkan. Dalam masa sama, Amir turut mempersoalkan bagaimana premis-premis berkenaan boleh beroperasi melebihi 15 tahun tanpa lesen, dan tiada tindakan penguatkuasaan dibuat dalam tempoh tersebut.

“Majoriti daripada peniaga mengatakan mereka telah berniaga lebhi 15 tahun
di sini, jadi siapa yang membenarkan mereka berbuat demikian selama ini? Siapa yang membenarkan mereka memiliki imuniti dari sebarang tindakan penguatkuasaan? “Jika 15 tahun lalu mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan, mana mungkin sekarang kita melihat majoriti yang berniaga terdiri dari warga asing. Dahulu, taman ini didiami majoriti rakyat tempatan, tetapi, apabila kerajaan membenarkan warga asing memasuki negara ini, taman ini dibanjiri dengan warga asing hingga ia diberi jolokan ‘Mini Hatyai’,” katanya.

Beliau berkata, sepatutnya tidak timbul isu dalam merobohkan gerai haram
ini kerana ia memang patut dilakukan sejak dahulu lagi, sebelum kerajaan bertukar tangan, tetapi, apabila kerajaan kini mengambil alih ia telah dipolitikkan. Tambahan, ia adalah isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), justeru beliau berharap ia tidak lagi dipolitikkan dan membiarkan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka. Katanya, operasi meroboh premis haram sekitar Taman Pelangi akan diteruskan selepas tempoh penangguhan selama sebulan itu tamat, namun tidak bila operasi akan disambung semula.

Sementara itu Timbalan Ketua AMKPP, Ahmad Azrizal Tahir berkata, pihaknya menyokong tindakan penguatkuasaan yang dibuat demi memberi keselesaan kepasa penghuni tetap di situ. Menurutnya, AMKPP sedang berusaha dalam mencari tapak sesuai untuk menepatkan semula peniaga untuk mereka meneruskan perniagaan mereka. Katanya, beberapa lokasi di sekitar Taman Pelangi telah pun dikenal pasti dan proposal mengenainya akan diusulkan kepada MPSP hari ini (Isnin).

“Kita tidak sesekali mengabaikan peniaga, tetapi, berusaha mencari tapak baru untuk mereka, namun ia akan diberikan kepada rakyat tempatan yang benar-benar ingin berniaga sahaja, bukan untuk disewa kepada warga asing. “Begitupun, keutamaan akan diberikan kepada peniaga yang telah lama berniaga dan dikenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya - Sinar Harian



Sharpshooter - Video di atas berita TV1 dan Blogger pro umno seperti biasa akan meletakkan semua tuduhan ke atas DAP dan Guan Eng atas dasar kepercayaan perkauman mereka yang tebal. Mereka langsung tidak menyiasat malah tuduhan semborono adalah lumrah mereka.



Video ini pula adalah penjelasan dari MPSP dan Pegawai MPSP yang diserang di Taman Pelangi.

Jurugambar MPSP, Ahmad bin Ismail telah cedera semasa menjalankan tugas pada 9 Feb 2011 di Taman Pelangi. Mengikut Ahmad, satu tumbukan telah menyebabkan dia jatuh rebah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi sedikit wang ihsan kepada si mangsa di Komtar hari ini.

Pada masa yang sama, Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokthar bin Jait telah menyuarakan rasa kesal terhadap laporan media yang putar belitkan hal sebenar. YDP Tuan Haji mengingatkan semua orang bahawa MPSP adalah untuk kebaikan orang awam dan juga rakyat. MPSP telah menjalankan tugas mengikut prosedur dan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Beliau mengingatkan orang awam mereka tidak wajar menghalang tindakan pegawai awam menjalankan tugas mereka.

TV3 melaporkan AMK P.Pinang diserang oleh peniaga Taman Pelangi. Biasalah TV3 memang itu kerjanya lidah mulut dan mata umno. Sebenarnya semasa sidang media dibuat, peniaga Melayu di Taman Pelangi yang pada sebelah pagi bersama NGO Ikhlas 1 Malaysia tiba-tiba telah hadir bersama.

AMK P.Pinang pada mulanya bercadang selepas sidang media dibuat, AMK P.Pinang bersama YB Ong Adun Kawasan (Bukit Tengah) akan mengadakan perbincangan dengan mereka untuk membantu mereka selesaikan masalah mereka.

Semasa sidang media dibuat, ketika wartawan bertanya, peniaga juga turut bertanya dan ini menyebabkan ada seorang peniaga yang agak emosional. Cerita inilah yang kelar dalam TV3.

Selepas itu AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen berbincang dengan peniaga dan kami terangkan kepada mereka perkara sebenarnya yang berlaku. Jika diikut plan asal MPSP, ada 4 Fasa gerai yang akan dirobohkan. Ini baru Fasa pertama sudah menjadi isu politik. Itupun baru 10 gerai sahaja yang dirobohkan MPSP dan 12 lagi gerai dirobohkan sendiri oleh pemilik gerai tersebut buka 1000 gerai seperti yang dilaporkan oleh Utusan.

Peniaga berkata mereka mahu semua gerai lain juga turut dirobohkan, baru mereka rasa puas hati. Memang MPSP mahu robohkan semua tetapi Ketua Bahagian UMNO Bukit Mertajam, Dato' Musa telah mengarahkan MPSP agar menghentikan segera supaya gerai di Fasa 2 yang majoritinya warga asing supaya menjadi isu bahawa MPSP bertindak pilih kasih.

Kita tidak boleh nafikan juga bahawa ada pegawai MPSP yang masih taat setia dan takut dengan arahan umno. Ini realiti yang kita tidak boleh nafikan.

YB Ong Chin Wen berjanji akan berjumpa dengan Guan Eng, TKM 1 dan 2 serta PDC untuk membantu selesaikan masalah mereka dengan menempatkan mereka di kawasan baru di Taman Pelangi.

YB Ong mendengar rintihan dan keluhan peniaga dan YB Ong turun padang sejak hari kedua gerai mereka dirobohkan. Tinjauan YB Ong hanya ada 40 gerai milik tempatan dan yang lebihnya berjumlah 960 gerai adalah milik warga asing.

Dalam perbincangan tersebut, peniaga juga bersetuju bahawa gerai yang milik orang tempatan tetapi disewakan kepada warga asing juga tidak perlu dibenarkan berniaga dan menerima tempat baru yang dicadangkan.

Maknanya peniaga mahu semua gerai dirobohkan dan kawasan baru hendaklah disediakan di Taman Pelangi milik PDC. Dalam tinjauan kami memang ada dua tempat yang sesuai dijadikan tapak ruang niaga baru.

Selepas itu kami meninjau pasar malam yang setiap hari diadakan di Taman Pelangi yang peniaga juga adalah warga asing dan sedikit warga tempatan. Memang ramai yang berniaga di sini, hingga mendapat jolokan nama "Mini Hatyai" sebab masalah sosial warga asing dan tempatan berlaku seperti di Hatyai.


Peniaga pasar malam di Taman Pelangi seperti biasa masih berniaga.

Ini pula gerai yang akan dirobohkan dalam Fasa 2 tetapi tertangguh sementara.

Ini pula deretan gerai haram milik seorang warga tempatan taukeh besar Cina yang disewakan kepada warga asing turut akan dirobohkan dalam Fasa 2.

Saudara Faisal Ketua AMK Balik Pulau berkata "rasa macam aku ada di medan la pula..macam medan pun ada, macam Hatyai pun ada...."

Kedai Nasi Kandar ANWAR pun ada....tetapi bukan Kedai Nasi Kandar Anwar Ibrahim la..tetapi entahlah..hahaha..

Inilah gambaran sebenar keadaan di Taman Pelangi. Semoga apa yang AMK P.Pinang dan YB Ong Chin Wen akan usahakan akan berjaya hendaknya.
Kita hanya akan membantu pemilik gerai warga tempatan yang benar-benar berniaga bukannya yang menyewa kepada warga asing.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/