Media-media tertentu telah memaparkan berita seolah-olah MPSP mengambil tindakan selektif terhadap gerai Melayu sahaja.
Semasa satu operasi, dua orang telah ditahan polis kerana mencederakan seorang jurugambar dari MPSP.
Yang DiPertua MPSP Tuan Haji Mokhtar Mohd Jait telah memberi penjelasan tentang operasi roboh gerai haram di Taman Pelangi. Mengikut beliau, rumah dan flat di Taman Pelangi merupakan kediaman kos rendah. Pihak-pihak tertentu telah membeli unit-unit di sana dan sewakan kepada orang lain. Penyewa unit-unit ini pula menyewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan di gerai-gerai haram. Ini menyebabkan Taman Pelangi digelar Mini Hatyai.
MPSP telah banyak menerima aduan-aduan sejak beberapa tahun dahulu. MPSP telah menjalankan usaha untuk meminta tuan-punya gerai ini untuk robohkan sendiri. Sebanyak 12 gerai telah pun merobohkan struktur yang haram, manakala 10 lagi enggan berbuat begitu. Justeru itu, MPSP telah menjalankan operasi berhemah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sana.
Sharphooter :- MPSP sebenarnya tersepit ibarat diluah mati mak ditelan mati bapak. Aduan diterima bukan baru tetapi sebenarnya sejak dari zaman b-end. Aduan diterima dari penduduk tempatan.
Bila MPSP tidak mengambil tindakan, MPSP dituduh rasuah, tetapi apabila MPSP mengambil tindakan, menjadi isu politik pula. Ambil tindakan salah tak ambil tindakan salah, jadi semua serba salah.
Berita tv3 suku seperti biasa akan memainkan peranan kononnya semua gerai Melayu yang dirobohkan.
Sebenarnya selama 3 hari MPSP telah mengambil tindakan Fasa pertama melibatkan kawasan sekitar 4 blog rumah kos rendah. Sebanyak 22 gerai telah dirobohkan. 4 buah adalah gerai Melayu, 2 gerai Cina, 1 gerai India dan yang lain semuanya adalah gerai warga asing.
Manakala Fasa kedua melibatkan kawasan sekitar 6 blog rumah kos rendah dan gerai haram yang akan dirobohkan adalah 50 gerai kebanyakkannya milik warga asing.
Fasa ketiga melibatkan kawasan asrama kilang warga asing sekitar 20 buah gerai warga asing haram akan dirobohkan.
Fasa keempat juga melibatkan kawasan asrama kilang warga asing sekitar 15 buah gerai haram warga asing akan dirobohkan.
Namun begitu kerja meroboh gerai haram di Fasa kedua ketiga dan keempat akan ditangguhkan. Inilah maklumat yang sharpshooter perolehi dari Ahli majlis MPSP.
Sebenarnya bukan sahaja masalah gerai haram di Taman Pelangi malah ia dikenali "mini Hatyai" kerana terdapat banyak rumah dijadikan tempat sarang pelacuran dan tempat judi haram.
Inilah masalahnya pemilik rumah kos rendah yang majoritinya Melayu, bila dapat rumah kos rendah disewakan pula kepada warga asing. Pemilik rumah tersebut sepatutnya didenda dan rumah mereka dirampas kerana sepatutnya rumah kos rendah adalah untuk orang berpendapatan rendah bukan untuk disewa. Inilah punca masalah pemilik Melayu rumah kos rendah yang majoritinya melayu umno. Cakap salah tak cakap salah, jadi semua serba salah.
Semalam sharpshooter menerima senarai 41 gerai haram di Taman Pelangi yang diserah sendiri oleh peniaga Taman Pelangi. Mereka datang ke Pusat Khidmat Adun Bukit Tengah untuk berbincang dan minta pertolongan YB Ong Chin Wen untuk selesaikan masalah mereka.
YB Ong Chin Wen bersetuju untuk cari jalan penyelesaian kepada masalah mereka. Peniaga juga faham tentang masalah aduan penduduk yang sudah berlarutan bertahun lamanya, peniaga juga faham masalah MPSP yang dituduh rasuah bila tindakan tidak diambil, dan peniaga juga sedar bahawa mereka memang salah sebab mendirikan gerai haram. Cumanya mereka merayu agar dapat berbincang dengan YB dan MPSP untuk cari jalan penyelesaian terbaik.
Kilang Haram
Sebenarnya sejak zaman b-end lagi gerai haram ini memang telah ada malah kilang haram pun banyak. Di Seberang Perai Utara, Tengah dan Selatan sahaja iaitu dari Kepala Batas hingga ke Nibong Tebal terdapat 150 buah kilang haram.
Masalah kilang haram juga bukan mudah untuk diselesaikan, bila MPSP nak ambil tindakan, pihak kilang nanti beri berbagai-bagai alasan dan alasan yang paling popular adalah adakah MPSP tidak ada peri kemanusiaan bila kilang haram dirobohkan maka berapa ramai keluarga yang bergantung hidup dengan kilang haram akan hilang mata pencarian.
Alasan inilah yang membuatkan MPSP tidak ambil tindakan dan jika tindakan diambil sudah pasti akan menjadi isu politik pula.
Akibatnya gejala rasuah juga akan berlaku dan ini tidak boleh kita nafikan. Yang rasuah adalah sebahagian kecil dari pengarah dan kakitangan MPSP dari kilang haram. Yang rugi adalah MPSP kerana tidak mendapat cukai dari kilang haram.
Namun begitu, Amir Ghazali selaku Ketua AMK P.Pinang yang juga Ahli Majlis MPSP bersama YB On Chin Wen Adun Bukit Tengah akan mengadakan pertemuan dan perbincangan esok bersama peniaga di Taman Pelangi untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Semoga semua masalah akan dapat diselesaikan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kepada pengunjung blog Sharpshooter...Setiap hari anda layari internet...layan web...layan blog...layan Facebook.....sharpshooter nak kongsi dengan anda...sharpshooter sudah jumpa cara nak dapat duit tambahan...daftar di sini (ChurpChurp)
Punca Anwar Tak Jadi Bersara Tersebar
-
ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada kemenangan
BN yang dipe...
Kerajaan Minoriti BN Tidak Akan Bertahan Lama
-
Apa yang hendak dihairankan jika ramai rakyat samada melalui parti-parti
pembangkang atau NGO-NGO atau orang persaorangan mempersoalkan hal
kepimpinan dal...
Jabatan Peguam AkanTeruskan Dakwaan Rogol !
-
[Jabatan Peguam Negara akan meneruskan pendakwaan kes rogol terhadap
Pengurus Restoran, Riduan Masmud yang mana kesnya digugurkan selepas mangsa
ber...
CERITA AYAH DAN PEGUAM ADAM ADLI DARI LOKAP POLIS
-
dialog ayah Adam dan Adam antara kaca penghalang:
Halim Hamid
as'salam ... maaf lambat beri maklumat (tapi org lain dah lapurkan dulukan?)
jadual bersama ...
Bukti Penipuan Najib Terbongkar - SEBARKAN!!!
-
Mak ai.
Sabar Najib.. sabar.
Sebagai PM ko kena sentiasa menerima faham bahawa setiap kata2 dan tindakan ko akan direkodkan untuk kegunaan kita orang di ma...
jom tengok video terbaik sepanjang kempen PRU 13...
-
Alahai...saja nak peringat balik video nie sebab Melayu mudah
lupa..terutamanya orang Shah Alam...bertuah hangpa dapat wakil rakyat macam
ni ..kih3....
...
Najib 'Perdana Menteri Minoriti', kata Guan Eng
-
*LIM Guan Eng memberi ucapan pembukaan dalam Forum Fakta Sebenar Pakatan
Rakyat Menang Undi Popular PRU-13 yang disertai hampir 2,000 hadirin di
Komtar ba...
Analisis kenapa PR tak menang. -Surat Pembaca.
-
Gua nak bagi satu analisis merapu kenapa PR tak menang tapi dapat undi
popular.
1- terdapat 2 versi senarai daftar pemilih PRU 13. Pertama, versi yg sah
...
MUAWIYYAH SESAT... NIK ABDUH BODOH???
-
Apa pandangan anda bila orang senyum pada anda???? Biasanya pandangan anda
akan lahir dari persepsi dan nialaian anda kepada seseorang... Jika dia
kawan an...
Mahkamah lepas, bebas tahanan ISA Yazid Sufaat
-
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan bekas tahanan Akta
Keselamatan Negara (ISA), Yazid Sufaat dan dua lagi membatalkan pertuduhan
mem...
Hi
-
Hello,
Sorry I lost your message, this is Fatin Amir Yunos from UK, I am
Malaysian but have never been there before. I intend to visit Malaysia
pretty s...
Semangat belum berkubar-kubar
-
Alhamdulillah, badan semakin sihat dan segar.
Semangat berkebun pun dah pulih. Cuma belum berkubar-kubar.
Semalam dan hari ini, masih berihat di rumah. Nak...
SOALAN YANG PERLU JAWAPAN
-
*NOTA*
paling menarik ialah maklumat tentang india
penduduk 1.1 bilion
menteri kabinet hanya 32 orang
dimalaysia penduduk 28 juta
menteri kabinet 35 orang...
3 HAL DALAM KEHIDUPAN MANUSIA
-
*Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangku...
Shariff Omar tanding bebas
-
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Datuk Seri Shariff Omar
melontar bom pertama sebagai bantahan tidak dicalonkan pada PRU13 oleh
kepimpinan Umno...
Jangan Lupa Tuntutan BERSIH!
-
Semua orang bersemangat nak hadapi pilihanraya..
Semua orang yakin PR boleh menang pilihanraya umum kali ni..
Tapi terlupakah semua orang dengan 8 Tuntutan...
Rupanya Ini Punca Najib Tak Bubar Parlimen Lagi..
-
Ekoran kekalahan teruk pada pilihan raya umum lalu, rombakan
besar-besaran dipercayai telah dilakukan dalam senarai calon Barisan
Nasional (BN) kali ini....
Kesetian sahabat, Ahmadinejad kepada Chavez
-
Dalam klip pendek ini, kita boleh melihat kesedihan seorang sahabat,
Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad diatas kematian teman seperjuangannya,
Hugo Chavez...
Shafie Afdal liat bayar hutang.. janji tak tepati
-
Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat
membayar hutang sehingga memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji
Ditepa...
DUN P Pinang lulus undang-undang anti-lompat parti
-
Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini untuk ...
Cara mengatasi ganguan untuk melayari MediaPerak.Com
-
Bertarikh 20 oktober 2012 mediaperak.com telah mengalami masalah suapan
tapak.Pembaca akan mengalami kesukaran untuk memasuki atau melayari web
kami.Buat s...
MB Azizan serah kedudukan kepada Pas Pusat
-
Oleh *ROSLINDA HASHIM
ALOR SETAR -* Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan
beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia a...
Rumah pusaka jadi sarang zina
-
Di Tanjong Bungah, siapa sangka bahawa rumah pusaka peninggalan Sang Ayah
dalam bulan Ramadhan ini, dijadikan sebagai sarang maksiat penzinaan oleh
anak ...
HISHAM CAKAP POLIS BAIK GILER !
-
TANPA BELAS KASIHAN MENERAJANG DAN MENENDANG PAKCIK TUA ! DIA BERSENJATAKAH KETIKA ITU ? MELAWANKAH PANCIK ITU ?POLIS MENEMBAK GAS PEMEDIH MATA DAN MERIAM AI...
bantuan banjir.ops dapur kedah|" di alor star
-
Misi Bantuan Banjir telah dilancarkan dengan gabungan Unit Ehsan P.Pinang,
AMK P.Pinang, UKP Permatang Pauh, Persatuan Watami dan Solidariti Anak ...