Keadilan dan DAP hari ini bersetuju untuk PAS meletakkan calon bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau pada 6 Mac nanti.
Persetujuan itu dicapai kesemua komponen parti dalam Pakatan Rakyat itu selepas mesyuarat Majlis Pimpinan mereka di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP di ibu negara petang tadi.
Keputusan itu diumumkan Ketua Umum Keadilan, Anwar Ibrahim pada sidang media mereka sekaligus menafikan desas-desus beberapa pihak bahawa PAS berkemungkinan tidak bertanding di PRK Dun itu.
“(Pilihan raya kecil) Merlimau, kita sudah bincang dan bersetuju sebulat suara supaya menyokong PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat.
“Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang meminta supaya seluruh jentera Pakatan Rakyat dikerahkan dan kita bersetuju,” kata Anwar.
Turut serta pada sidang media tersebut, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa kepimpinan ketiga-tiga parti yang lain.
Mengenai calonnya, Tuan Guru Abdul Hadi berkata keputusan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat kepimpinan parti itu 13 Februari ini.
“Kami akan menyenarai pendek nama kemudian.
“Kita baru buat keputusan di peringkat Pakatan Rakyat. Calon itu nanti kita dapat maklumat daripada negeri,” kata Hadi.
Katanya, berdasarkan amalan biasa calonnya adalah warga tempatan dan kepimpinan pusat akan berbincang dengan pemimpin-pemimpin PAS Melaka sebelum menamakan calon mereka.
Mengulas lanjut, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata mesyuarat memilih calon akan diadakan pada 13 Februari nanti.
“Senarai pendek calon mungkin 13 Februari. Insya Allah kita akan mesyuarat 13 Februari, tapi calon perlu disahkan Pakatan Rakyat dahulu” kata Mustafa.
Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.
Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.
Sharpshooter - Alhamdulillah kata sepakat dapat dicapai. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Tidak ada masa lagi untuk bertelagah sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat.
umno apco tidak takut pada PAS umno apco tidak takut pada DAP umno apco tidak takut pada Keadilan tetapi umno apco gentar dengan muafakat Pakatan Rakyat.Takbir.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN MUSTAFFA KAMIL AYUB.
-
Kunjungan Hormat Jingga 13 Malaysia dipimpin Saudara Mikhael Iskhandaar,
kepada Pengerusi INSKEN: Tuan Mustaffa Kamil Ayub.
Kami menerima buku Membang...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020
-
Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama
sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .
Insan ini perna...
YB - jangan tayang body, hodoh
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB
sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang
nega...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Biji Benih Acai Berry
-
Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal.
Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju.
Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap
bungkus ...
-
Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr
Muhammad Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016
Bismillahirr...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...