LAY HONG: Kalau dia (Mohd. Saiful Bukhari) memakai seluar dalam dan seluar panjang pada masa yang sama.
RAM KARPAL: Ya, mestilah orang pakai seluar dalam dahulu baru pakai seluar panjang kecuali kalau dia Superman, baru pakai seluar dalam di luar.
Kenyataan tersebut bukan sahaja membuatkan saksi itu tersenyum malah hakim dan mereka yang berada di mahkamah tersenyum dan tertawa. Kah...kah...kah...
Macamana air mani Sialfool boleh ada dalam dubur sendiri?
Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.
“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.
Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata
terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.
Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.
“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.
“DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,” kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.
Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.
“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.
Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.