SharpShooter Followers

Thursday, February 03, 2011

Mengapa YB Shuhaimi jadi sasaran umno?

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari Keadilan akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini.

Shuhaimi memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan minggu depan.

“Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu, pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.

Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi.

Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu.

Dia dibebaskan dengan jaminan mulut.

“Saya ditahan di luar ibu pejabat polis (hari ini),” kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya, biro politik Keadilan yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau.

Selain Latheefa, Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Pada 27 Januari lalu, Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas.

Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu.

Pada 24 Januari lalu, Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang Keadilan Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata, sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Shuhaimi telah pun bagaimanapun menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Sharpshooter - umno tidak pernah berhenti dari terus menyusun strategi untuk merampas kembali Selangor seperti di Perak. Mengapa YB Shuhaimi yang sering jadi buruan? Mengapa YB Shuhaimi yang sering menjadi sasaran hingga rumahnya disimbah dengan cat?

Selain YB Shuhaimi, YB Amirudin Adun Batu Cave juga tidak terlepas jadi buruan. Mereka berdua adalah sasaran utama umno untuk merampas kembali Selangor. Mengapa mereka berdua? umno ada jawapannya.

Semoga mereka berdua tabah hadapi ujian getir ini. Semoga mereka tidak mengikut jejak bertapak katak-katak sumpahan yang kehausan dan kelaparan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/