SharpShooter Followers

Monday, February 21, 2011

Benarkah ADUN PR Selangor mewah?

Tan Sri Khalid Ibrahim meminta semua pihak agar menghentikan spekulasi yang mengatakan terdapat segelintir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Selangor yang hidup mewah hasil dari sumber tidak sah.

Menteri Besar Selangor itu ditemui dalam satu sidang media di ibu kota berkata, isu in seharusnya tidak dijadikan tumpuan utama memandangkan urusan pentadbiran bagi membela nasib rakyat adalah lebih diutamakan.

“Saya rasa ada baiknya kita salurkan tenaga kita untuk menentukan pentadbiran negeri dilakukan dengan bersih dan cekap kerana melalui cara itu kita tahu duit rakyat hasil negeri digunakan untuk kepentingan rakyat. Jadi pada saya itu yang lebih penting untuk kita lakukan,” katanya selepas berjumpa penduduk di Bandar Tun Razak hari ini.

Khalid juga menjelaskan, kebanyakan ADUN sebelum ini telah memiliki aset sendiri, selain mempunyai kemampuan dalam menguruskan pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak sekiranya ada pihak tertentu yang ingin melakukan soal siasat terhadap dirinya dan ADUN lain.

“Saya tidak menghalang orang membuat semakan dan kajian tapi yang penting adalah kegunaan rakyat bukan kegunaan peribadi,” katanya.

Gabungan Anti Penyelewengan Selangor(GAPS) yang dikepalai bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar Hamidzun Khairuddin sebelum ini mendakwa sekurang-kurangnya sepuluh ADUN Pakatan Rakyat hidup mewah dan sedang mengumpul bukti untuk mendedahkan isu tersebut.

GAPS sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.

Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

Sharpshooter - GAPS - Gabungan Aku Pemikiran Songsang - Rumah YB paling kecil ialah rumah YB anak toyol. Kereta paling kecil dan buruk juga adalah kereta YB anak toyol.

Siapa di belakang Gabungan Aku Pemikiran Songsang? jawabnya senatak raja katak sesumpah...

Banyak juga YB PR samada dari Keadilan, PAS dan DAP yang memang sudah mewah sebelum menjadi YB lagi.

Mewah tak salah dalam Islam cumanya jangan dari sumber rasuah saja...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/