SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, February 17, 2011

Syyyy...diam..itu strategi Azmin tu..

PAS mengingatkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali supaya jangan cuba mengawal kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat selepas memenangi jawatan kanan itu akhir tahun lalu.

Justeru, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Azmin seharusnya menyuarakan isu-isu sensitif seperti pembahagian kerusi antara komponen Pakatan Rakyat dalam mesyuarat tertinggi parti, bukannya secara terbuka melalui media.

Malah kata Mustafa, Azmin juga tidak layak bercakap dan mendakwa PAS mahu mengintai kawasan PKR kerana isu tersebut tidak pernah muncul dalam perbincangan pemimpin tertinggi parti Islam itu sebelum ini.

"Apa yang beliau cakap adalah tidak betul. Perkara ini tidak pernah berbangkit, jadi saya tegaskan beliau berhenti bercakap mengenai isu ini," kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini.
Kata Mustafa, beliau merasakan perkara berkaitan disuarakan secara tertutup dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, Azmin dipetik sebuah portal berkata PKR sedang menghadapi rundingan sukar apabila PAS mula mengintai kerusi yang sama menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam laporan semalam memetik Azmin, The Malaysian Insider menyebut bahawa PKR akan menyenarai pendek kesemua calonnya yang berpotensi menjelang 20 Mac ini untuk memulakan perundingan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan sekitar April ini.

Azmin berkata, kepimpinan negeri dikehendaki menghimpunkan nama-nama yang disyorkan untuk penelitian biro politik sebelum mengadakan perbincangan dengan PAS dan DAP.

"Persefahaman ialah setiap parti akan mengekalkan kerusi yang dimenangi tetapi kami boleh berunding berhubung kerusi-kerusi yang kami kalah dalam 2008," kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin yang dilantik semula sebagai pengarah pilihan raya baru-baru ini susulan pemilihan parti berkata, ada kemungkinan pertukaran kerusi-kerusi ditandingi memandangkan PAS juga mahu memberi tumpuan di bahagian-bahagian yang mempunyai pengundi campuran.

Kerusi-kerusi terbabit selama ini ditandingi PKR, yang dilihat sebagai parti kawasan bandar.

PKR juga berhadapan dengan masalah beberapa wakil rakyatnya, termasuk di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar parti sejak awal 2009 dan terbaru bulan lalu.

Dengan arah aliran pengundi Melayu mengalami kemerosotan, PAS akan memastikan ia mempertahankan bilangan wakil rakyatnya dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang kurang pengundi Melayu.

Pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang di Johor bulan lalu menyaksikan 80 peratus pengundi Melayu memihak kepada Umno.

Begitu juga kerusi di Hulu Selangor, Galas dan Manek Urai di mana 10 peratus pengundi orang Melayu bergerak kepada pembangkang semasa diadakan pilihan raya kecil tahun lalu dan 2009.

Bagimanapun Azmin berkata, PKR juga akan melihat pada kerusi-kerusi yang PAS dan DAP tewas meskipun kedua-dua parti tertua itu mempunyai sokongan akar umbi di bahagian yang majoriti pengundinya ialah Melayu dan Cina.

Sementara itu FMT melaporkan penyokong PAS mahu rampas kerusi Keadilan: Kini wujud desakan supaya PAS mahu mengambil semula kerusi-kerusinya yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu, kata sumber hari ini.

Ia susulan tuntutan yang dibuat oleh penyokong dan ahli parti di negeri terbabit yang mahu calon PAS bertanding.

Antara paling kuat menyuarakan hasrat tersebut ialah para penyokong PAS Kelantan dan Negeri Sembilan.

"Ini bermakna kerusi-kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR dalam pilihanraya umum lalu akan ditandingi calon PAS.

"Ia termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh calon PKR di Kelantan seperti kerusi Parlimen Machang yang dimenangi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

"Tetapi kerusi-kerusi lain juga tidak terlepas," katanya.

Kerusi Parlimen Dungun ditandingi calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun ia merupakan kerusi tradisi PAS.

Di Negeri Sembilan, PAS negeri itu mahu menuntut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan dan Sikamat yang ditandingi calon PKR pada 2008.

"Ahli dan penyokong parti sudah menyuarakan perkara tersebut supaya PAS mengambil semula kerusi berkenaan. Sebahagian ahli yang lain pula mahu kerusi Serting dan Palong juga diambil dari PKR.

"Alasan mereka kerana tidak yakin dengan PKR yang diselubungi pergolakan demi pergolakan," kata sumber itu.

Sementara itu, Exco PAS Pusat, Syed Azman Ahmad Nawawi ketika dihubungi berkata, perkara tersebut belum dibincangkan lagi dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat.

Katanya, ini bermakna isu PAS mahu mengambil semula kerusinya yang sebelum ini ditandingi oleh calon PKR tidak timbul.

sharpshooter - syyyy...diam... "mmmm... Azmin cakap ok sebab itu strategi..Azmin umpama jurulatih pasukan bolasepak..pemain buat cara pemain jangan campur urusan dan strategi jurulatih" ..ooohh ya ke..macam tu ke..syyyy..diam..

Kalau orang lain cakap macam tu macamana pula.. "mmmm...sah itu pengkhianat parti..itu "trojen horse"...itu pemecah belah parti dan Pakatan Rakyat" ...oooo..macam tu ke..syyyy...diam..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone