SharpShooter Followers

Monday, February 14, 2011

Dah kalah buatlah cara kalah...

Permohonan untuk mendapatkan kebenaran dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim terhadap Pejabat Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan untuk mengosongkan Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga akan didengar pada 1 Mac depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf pada Isnin, selepas berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan tersebut.

Azhar, 65, memfailkan semakan tersebut pada 19 November 2010 bagi mendapatkan perintah supaya semua prosiding yang terlibat ditangguhkan sehingga semakan kehakiman itu selesai.

Beliau menamakan pejabat daerah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden dalam permohonan semakannya. Beliau yang merupakan ADUN Penaga yang bertanding atas tiket Barisan Nasional juga memohon deklarasi bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Permohonan itu dibuat atas alasan ia dilakukan dengan niat jahat (mala fide) dan berdasarkan agenda politik.

Berdasarkan rekod mahkamah, Azhar yang menjadi ADUN sejak 1990, mendakwa terdapat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat pada 2005 untuk membina pusat komuniti yang dikenali sebagai Pusat Komuniti Kadun Penaga.

Dalam afidavit yang diikrarkan beliau pada 13 Disember lalu, beliau mendakwa pusat itu dibina pada tanah milik Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat memberi peruntukkan RM245,000.

Beliau menambah, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pusat itu akan digunakan oleh ADUN Penaga yang dilantik, tanpa mengambil kira pegangan politik.

Dalam saman tersebut, Azhar mendakwa, pusat itu mula beroperasi pada 2006 dan digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pergerakan pemuda dan juga sebagai pusat aktiviti agama.

Beliau turut mendakwa, telah menerima notis pada 8 November lalu daripada pejabat daerah berkenaan mengarahkan beliau untuk memulangkan kunci pusat komuniti atas alasan ia terletak di tanah Kerajaan Negeri.

Azhar seterusnya mendakwa, beliau telah menghantar surat bertarikh 16 November lalu untuk pegawai tersebut mempertimbangkan arahan itu, tetapi masih belum menerima sebarang balasan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/