Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.
Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.
Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.
Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.
Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.
"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.
"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.
Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.
"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.
Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.
Sharpshooter - Tidak boleh dinafikan lagi bahawa umno P.Pinang memang pembangkang terbaik di P.Pinang. Sepatutnya Guan Eng beri anugerah khas pembangkang terbaik kepada umno P.Pinang
Jangan serang umno P.Pinang yang sedang nazak..sian umno P.Pinang....
Sejak bila umno P.Pinang jadi pembangkang terbaik?
Sejak 8 March 2008
Sejak bila umno P.Pinang jadi pejuang Melayu tulen?
Sejak 8 March 2008
Sejak bila umno P.Pinang gila talak?
Sejak 8 March 2008
Sejak bila umno P.Pinang gila meroyan?
Sejak 8 March 2008
Sejak bila umno P.Pinang anti wang judi?
Sejak 8 March 2008
Sejak bila umno P.Pinang suka tabur fitnah?
Dari dulu...kini...dan selamanya....
Sehubungan dengan itu, rakyat P.Pinang wajib kekalkan umno P.Pinang sebagai pembangkang terbaik P.Pinang. umno P.Pinang juga wajib berbangga dengan pencapaian terbaik mereka....cemerlang... gemilang dan temberang...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/