KEADILAN telah menerima maklum bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan Vouchers Program JOM Shopping – salah satu program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor - yang melibatkan dua orang anggota Parti dari Cabang Kapar iaitu Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad.
KEADILAN memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik Parti bil. 59/2012 pada hari Rabu 13 Jun 2012 telah meminta Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada Sdr Mohd Bakir bin Abdul Wahab dan Sdr Mohamed Amkah Ahmad. Pada waktu yang sama, Sdr Mohamed Amkah Ahmad digantung keanggotaannya secara serta-merta berdasarkan Fasal 27.3 perlembagaan Parti yang membenarkan penggantungan keanggotaan dibuat sementera menunggu siasatan disiplin selesai.
KEADILAN sekali lagi menegaskan tidak akan berkopromi kepada mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik Parti.
Sekian, terima kasih.
DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago