Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang keputusannya berpihak kepada Kerajaan Negeri bersabit kes tanah Tang Hak Ju, Kerajaan Negeri melalui YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri sedang menguruskan tuntutan untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta secara professional melalui peruntukan undang-undang sedia ada.
Adalah tidak wajar untuk mendedahkan strategi perundangan yang akan diambil untuk mendapatkan kembali RM14.7 juta kerana ianya hanya akan memberikan peluang kepada pihak defendan untuk menentang.
Tindakan YB Pegawai Penasihat Undang-Undang Negeri telah bermula dan akan diteruskan bagi mendapatkan semula wang tersebut. Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri memberikan jaminan akan bertindak dengan penuh professional dan dengan segera demi mendapatkan balik RM14.7 juta wang awam.
Dato' Farizan bin Darus
Setiausaha Kerajaan Negeri
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Pengerusi BN Sabah, Ahli Parlimen Kinabatangan Dan ADUN Lamag, Bung Moktar
Radin Meninggal Dunia Jam 1.46 Pagi Ini
-
*KOTA KINABALU:* Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin,
66, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah
hospi...
4 hours ago
