PENARIKAN BALIK PEMBEKUAN PTPTN:
BUKTI NYATA KERAJAAN UMNO BN TIDAK SERIUS MENGURUSKAN MASA DEPAN PENDIDIKAN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam 'permainan' politik Kerajaan Umno Barisan Nasional.
Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata Kerajaan Umno BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.
Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.
Saya menganggap percaturan politik Umno BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.
Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa Adun-Adun Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.
JANGKAAN UMNO BN MELESET, PAKATAN RAKYAT KEKAL KOMITED
Perkiraan Kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.
Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.
AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.
Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.
AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat
Tindakan segera kerajaan negeri akhirnya PTPTN mengalah
Tindakan segera yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel) yang menjadi mangsa dendam politik Umno-Barisan Nasional yang membekukan bantuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akhirnya menemui kejayaan.
PTPTN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyatakan mereka membatalkan pembekuan kemudahan pinjaman kepada penuntut-penuntut Universiti Selangor (Unisel).
Perkara ini disahkan oleh Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad sebentar tadi.
Kita melihat ini sebagai satu kejayaan yang besar kepada Pakatan Rakyat terutamanya usaha Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengambil tindakan segera apabila memutuskan menggunakan aset Unisel bagi membantu pelajar bagi memastikan hak kebajikan seorang rakyat Malaysia untuk belajar di Unisel boleh diteruskan.
Mungkin Umno-Barisan Nasional ingin melihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan merayu kepada Kerajaan Pusat mahupun PTPTN bagi menarik balik pembekuan tersebut namum segalanya tidak menjadi kenyataan apabila tindakan terbaik telah diambil.
Usaha kerajaan yang ingin memberikan pendidikan percuma bakal berlaku di Selangor apabila kesefahaman yang selari diambil oleh semua pihak dari peringkat tertinggi parti Pakatan Rakyat sehinggalah kepada perlaksana iaitu kerajaan negeri.
Umno-Barisan Nasional ingin menjadikan ini sebagai isu politik mereka jika Pakatan Rakyat gagal menunjukkan janji mereka dalam perlaksanaan pendidikan percuma tetapi sebenarnya perkara itu memberi kejayaan besar kepada Pakatan Rakyat.
Pasti bukan sahaja PTPTN yang mengalah dalam isu ini tetapi juga Umno-Barisan Nasional yang akan terkontang kanting kerana peluru yang dilepaskan mereka telah memakan diri mereka sendiri, untuk mengelak sudah terlambat melainkan hanya menadah dada walaupun terpaksa menerima kepedihan yang ketara.
Janji Pakatan Rakyat adalah janji yang boleh ditunaikan bukannya janji sebuah pilihanraya untuk mendapat undi, dasar dibuat bersama meliputi semua kaum yang berlainan warna kulit.
Bezanya dasar Pakatan Rakyat dengan umno-Barisan Nasional di mana dasar itu dibuat berlandaskan atas keperitan hidup rakyat yang memerlukan pembelaan manakala dasar Umno-Barisan Nasional adalah mengikut saiz perut pemimpin atasan, jika besar saiz perut yang mengaris dasar maka makin besarlah dasar tersebut, ini kerana dasarlah yang menjadi penentu mereka memenuhi poket sendiri.
Muhyidin Yassin dan Khaled Nordin perlu malu dengan kenyataan yang dikeluarkan, jelas mereka secara serius ingin menyekat anak Melayu yang mahu melanjutkan kerajaan, dendam mereka kepada Pakatan Rakyat dengan menjadikan pelajar sebagai mangsa.
Mereka berdua harus ingat kuasa rakyat yang akan terus menghukum, mereka perlu tampil buat penjelasan apa sebenarnya impian mereka termasuk Umno-Barisan Nasional sehingga sanggup mendera orang Melayu.
Jelas slogan Umno yang ingin membela orang Melayu sudah tidak boleh diterima pakai dan sepatutnya menjadi menderhaka orang melayu.
Syabas kerana kejayaan yang diperolehi Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, jangan undir dan tunduk dengan sekatan yang dilakukan. Buktikan apa yang kita mampu lakukan, dasar Pakatan Rakyat perlu dibawa bersama bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan pelajar terbela.
Rakyat dan mahasiswa sudah menilai sekarang siapa sebenarnya pembela rakyat dan siapa yang zalim.
Meminjam kata-kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "Kamu boleh mengaibkan aku, memfitnah, mencaci aku namun kamu tidak boleh membeli maruah yang aku ada"
Muhammad Najmi Shamsuddin
Exco AMK pusat
Mantan Ahli Majlis Shah Alam
WAJIB PENARIKAN BALIK PEMBEKUAN PTPTN
Soladiriti Anak Muda Malaysia SAMM menyambut baik tindakan penarikan semula pembekuan PTPTN terhadap Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).Tindakan ini adalah bertepatan untuk menjamin pembelajaran pelajar dikedua-dua institusi pengajian tersebut.Penarikan pembekuan ini adalah 'Wajib' dan menteri sudah mula faham tidakkan kurang bijak yang mungkin beliau baru sedar pelajar serta rakyat sekarang bukan lagi bodoh yang akan tunduk pada tekanan.
Walaupun SAMM bersetuju cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang akan digantikan dengan biasiswa dan pinjaman kos sara hidup kepada pelajar jika memerintah kerajaan pusat.Ini tidak bermakna buat masa sekarang Menteri Pengajian Tinggi boleh melakukan sewenang-wenangnya dengan membeku dan menghukum para pelajar di atas pembekuan PTPTN pada kedua-dua institusi tersebut!
Ini tindakan yang tidak bertanggungjawab dan bukan konsep atau semangat federalisme yang ditunjukkan oleh Menteri Pengajian Tinggi,bahkan Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran dengan sombongnya menyatakan 'Adil' utk PTPTN bagi menguji dasar PKR.Manakala Datuk Seri Noh Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani selaku Timbalan Perhubungan Pengerusi UMNO Selangor juga seolah-olah membuat ugutan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mengaku salah terhadap dasar PR untuk memberi pendidikan percuma jika memerintah negara.
SAMM melihat pada awalnya pembekuan ini tidak betul dan kejam kerana pertamanya,pelajar di kedua-dua institusi tersebut dianiaya secara kejam bila diumumkan pembekuan itu.Keduanya,tindakan mereka berdepan dasar PR dengan melibatkan para pelajar IPT ini tidak betul dan tindakan pembekuan ini adalah tindakan politik bukannya satu tindakan rasional atau waras dan penuh dendam yang memangsakan pelajar di IPTS tersebut.Ketiga,jelas kesemua yang bercakap dan menyokong pembekuan ini adalah mereka daripada kalangan menteri daripada UMNO dan ini menunjukkan sememangnya UMNO tidak mahu kepada pendidikan percuma serta dengan sengaja mahu para pelajar seluruh negara berhutang walaupun pendidikan ini boleh diberikan dengan percuma bukan sahaja untuk IPT tetapi termasuklah di sekolah tadika,sekolah rendah dan menengah.
Justeru,SAMM mengucapkan tahniah kepada YAB Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan tindakan pantas kelmarin mengumumkan tindakan jangka pendek dengan mencairkan tanah seluas 500ekar bernilai RM30Juta yang juga aset UNISEL bagi membantu pelajar-pelajar hasil tindakan kejam regim terhadap mahasiswa UNISEL dan KUIS.Tahniah juga buat Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang membantah pembekuan PTPTN terhadap UNISEL dan KUIS,tapi berapa ramaikah pemimpin UMNO yang bersifat demikian?
SAMM percaya dan yakin,penarikan pembekuan PTPTN ini adalah kejayaan rakyat yang memberikan tekanan dan hasil daripada mandat kepada PR selangor juga tekanan ini telah dapat dibuat pada regim BN yang zalim ini.Ia menjadi bukti bahawa sistem pendidikan percuma yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan mampu dilaksanakan kepada para pelajar diluar sana.Ayuh bangun mahasiswa untuk sama-sama menjatuhkan regim yang zalim ini pada PRU-13 ini agar salah satu manifesto PR dapat dilaksanakan terhadap anda sekalian!
Zulkifli Bin Haji Ibrahim
Pengarah Sekretariat
SAMM Kebangsaan
KENYATAAN AKHBAR: FLIP FLOP PEMBEKUAN PTPTN, KERAJAAN HILANG PUNCA
Kelab Anwar Ibrahim (AIC) sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini ingin menyelar tindakan flip-flop Kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi Kerajaan Selangor iaitu Unisel dan KUIS.
AIC hairan bagaimana sebagai sebuah kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak bodoh dengan mengugut masa depan anak-anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.
Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal ianya sebagai 'peluang' Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma.
PTPTN: SASARAN AWAL BN YANG MENEMUI JALAN BUNTU
Pada perkiraan awal, BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat 'PTPTN' sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.
Namun melihat kepada kebarangkalian dan kemampuan Kerajaan Selangor untuk menyelesikan masalah tersebut, melalui pengumuman Unisel akan mencairkan aset bagi membantu mahasiswa ini, BN mula cemas dan mengubah taktik.
Ini ditambah dengan sentimen anti kerajaan Umno BN yang mula membahang di laman sosial terutamanya Twitter. Malah wujud pendapat tidak senang dari pimpinan Umno BN sendiri berikutan langkah kurang bijak dari Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi.
Maka hari ini, melalui SMS yang disahkan pegawai PTPTN bahawa pejabat Menteri telah mengeluarkan arahan pembekuan ditarik semula.
Namun apa yang Khaled Nordin dan BN tidak buat perkiraan adalah rakyat telah sedar bahawa regim ini pada bila-bila masa yang mereka kehendaki, keperluan dan hak rakyat boleh disekat dan ditarik begitu sahaja dan BN sedang menguruskan sebuah zaman yang nyata berbeza , zaman yang dipenuhi anak muda idealis dan berani untuk melawan kezaliman.
Sebarang tindak-tanduk melampau dan bodoh oleh pemerintah pasti akan disambut dingin dan menemui jalan sempit untuk dilaksanakan. Hari ini telah membuktikan tekanan hebat oleh rakyat terbanyak membuatkan kerajaan lemah ini kecut perut dan menjilat ludah mereka sendiri.
AIC percaya zaman untuk menggunakan rakyat sebagai 'tebusan' politik telah berakhir. Saat ini AIC yakin lonjakan sokongan yang datang dari golongan atas pagar terhadap ketelusan Pakatan Rakyat, telah meningkat pada satu tahap yang membanggakan. Riwayat pemerintah zalim bakal berakhir atas satu kesilapan yang mereka sengajakan.
GENERASI PENGGERAK ZAMAN
SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago