SharpShooter Followers

Tuesday, June 12, 2012

Isu no plat WWW1 - kini Nizar pula saman Utusex Meloya dan TV3 suku 1 Malaysia Apco

Baru kelmarin dalam perbicaraan kes Mat Sabu dan Guan Eng, sudah terang lagi bersuluh bahawa Utusex Meloya telah memfitnah Mat Sabu dan Guan Eng kini tiba pula giliran YB Nizar pula untuk saman Utusex Meloya dan TV3 suku..biar mampos penyebar propaganda fitnah umporno sampai Sultan Johor pun ditipu hidup-hidup.

YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman TV3 dan Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu nombor pendaftaran WWW1.

Menurut beliau, laporan media kawalan Umno itu memutar belit kenyataan kononnya beliau menuduh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggunakan duit rakyat RM520,000 untuk membida WWW1.

"Mesej tweeter saya tidak lebih daripada pandangan seorang rakyat. RM520,000 boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang lebih bermanfaat. Itu hanya pandangan.

"Tapi TV3 dan Utusan Malaysia putar belit. Mereka lapor saya tuduh Sultan Johor guna wang rakyat untuk beli nombor plat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga sedia menghadap Sultan Johor pada bila-bila masa bagi menyatakan perkara sebenar.

Beliau berkata, pihaknya akan mengutus surat untuk mohon menghadap ke Istana Johor.

"Saya ingin menyatakan seikhlas-ikhlas hati di hadapan semua, saya teringin untuk menghadap, memohon maaf dan menceritakan kepada Baginda hal yang sebenarnya supaya kemelut ini dapat dihentikan," katanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone