Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berasa kecewa dengan kenyataan Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng bersikap dingin dengan tidak mahu berjumpa dengan Datuk Omar Osman untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan penjawat awam.
Pejabat Ketua Menteri telah membuat siasatan dan mendapati bahawa Datuk Omar Osman tidak pernah menulis surat untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan tidak ada mana-mana pegawai daripada Pejabat Ketua Menteri yang menerima permohonan Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
Selama ini, Ketua Menteri adalah rakan seperjuangan kepada Kesatuan Pekerja dan telahpun berjumpa dengan Persatuan-Persatuan Sekerja seperti MTUC dan NUBE. Malah Kerajaan Negeri pun telah melantik bekas Presiden MTUC, Syed Syahir Syed Mohamud sebagai senator baru- baru ini.
Oleh itu tidak ada masalah untuk Cuepacs atau Datuk Omar Osman untuk berjumpa dengan Ketua Menteri.
Dakwaan Datuk Omar bahawa pegawai daripada pejabat Ketua Menteri enggan mengaturkan perjumpaan atas dakwaan Ketua Menteri sibuk adalah tidak berasas.
Adalah diharapkan Datuk Omar Osman boleh mendedahkan nama pegawai daripada pejabat Ketua Menteri yang kononnya enggan mengaturkan perjumpaan tersebut.
Kenyataan sedemikian yang tidak berasas memang diduga kalau Datuk Omar Osman memakai topi sebagai Presiden KUPEKMAKS (Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia) tetapi tidak boleh diterima kalau Datuk Omar Osman berucap sebagai Presiden Cuepacs.
Nor Diana binti Mohd Zabidi
Pembantu Khas kepada Ketua Menteri
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago