“Persoalannya apakah Umno dan kerajaan sudah mula dapat membayangkan kejatuhan mereka sehingga terlalu terdesak mengeluarkan kenyataan yang bersifat jahat dan fitnah seperti ini,” kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan beberapa pemimpin Umno termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyebut jika PR tidak dapat mengambil alih kerajaan dalam Plihan Raya Umum (PRU) ke 13, maka akan tercetuslah kekecohan dan suasana tidak aman.
“Ia kenyataan amat tidak berasas sama sekali dan satu cara yang dirancang oleh pemimpin Umno untuk mengaburi pemikiran rakyat khususnya orang Melayu untuk berprasangka buruk terhadap PR,” bidas beliau.
Aishah berkata, PR tidak mungkin menimbulkan kekacauan kerana lebih maklum soal demokrasi yang diamalkan.
Justeru, Srikandi menyeru agar rakyat khususnya golongan muda dan masyarakat Melayu untuk tidak terikut serta percaya kepada permainan politik kotor Umno dan matang dalam menilai senario politik di negara ini.
“Rakyat jangan takut untuk terus menyokong PR dan menumbangkan Umno BN dalam PRU 13 kerana inilah masa untuk membawa perubahan yang total di negara ini,” kata Aishah lagi.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/