SharpShooter Followers

Saturday, June 09, 2012

Najib kini sendirian...

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan terus menyediakan pendidikan yang berpatutan dan berkualiti tinggi kepada pelajar, di samping mengimbangi keperluan rakyat dengan memupuk bakat masa hadapan jelas membuktikan pemimpin itu ‘berseorangan’ dan ‘hilang arah’.

Hal ini kerana kenyataan beliau berhubung perkara itu tidak diikuti oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel.

MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata kepimpinan Najib dan Tun Dr Mahathir adalah jauh berbeza kerana setiap perkara yang diarahkan oleh Mahathir akan diikuti oleh Menteri yang lain.

Katanya, daripada itu rakyat melihat pemerintahan yang jelas dan jitu berbanding dengan Najib.

“Najib bercakap seorang diri, beliau pemimpin yang ‘berseorangan’. Tiada Menteri yang mengikut arahan beliau. Perkara ini sudah tertera dengan tindakan Khaled itu, apa yang diterjemahkan, Menteri lain tidak ikut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata sebelum mengeluarkan kenyataan, Najib perlu sedar bahawa hampir 10 peratus pelajar Sekolah Menengah tidak boleh membaca dan menulis.

“Itu sebab beliau harus membuat kajian sebelum bercakap.

“Sedarkah beliau bahawa pelajar kita tidak bermotivasi dan berinovasi? Banyak pelajar yang keluar Universiti tidak tahu menggunakan ilmu yang sudah dipelajari,” katanya.

Johari menambah lazimnya Ketua Penerangan Umno akan menjadi peneraju kepada Perdana Menteri dan parti mereka.

“Tetapi saya tidak melihat dan agak pelik kenapa tiada siapa yang menasihati Perdana Menteri, lazimnya ketua pnerangan umno akan mnjadi peneraju yang melihat bagaimana sokongan rakyat sentiasa padu pada pemerintah tapi zaman Najib ini saya tidak nampak peranaan ini dimainkan oleh ketua penerangan beliau.

“Sebab itu jika dilihat, lagi banyak kerajaan buat silap, maka lagi jauh mereka dengan rakyat,” katanya.

Kenyataan Johari tersebut ekoran kenyataan Najib semalam yang dianggap sebagai kenyataan retorik sedangkan Kementerian Pengajian Tinggi semalam turut memutuskan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL di bekukan.

Sementara hari ini pula kementerian tersebut menarik balik pembekuan kerana keputusan itu dianggap sebagai tindakan yang membelakangkan pandangan perdana menteri itu

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/