Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian penuntut jurusan undang-undangnya, Khalid Mohd Ismath, yang dibicarakan pagi tadi oleh lembaga tatatertib, selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.
Khalid, 22 dibicarakan antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Sharpshooter - Syabas anak muda berjiwa merdeka yang begitu kental semangatnya. Jika ini harga perjuangan yang perlu dibayar, yakinlah saudara anak muda bahawa masa depan anda bertambah cerah.
Ketika pertama kali sharpshooter mendengar ucapannya di Kota Giam Jelutong pada bulan lalu, terdetik di hati, inilah pemimpin pelapis negara di masa hadapan. Beliau begitu berani berhujah dan bersemangat juang tinggi apabila menceritakan bagaimana liku-liku perjuangan yang beliau lalui.
Dari segi keperibadiannya, Alhamdulillah beliau seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa mendapat dorongan yang kuat dari isterinya serta ibu bapanya yang turut hadir ketika beliau berceramah di Jelutong. (gambar kanan Siti Aishah bersama ibu Khalid)
Satu perkara yang menarik berlaku pada sebelah petang ketika Khalid turut menyertai SANTAI BOWLING SRIKANDI di Pacific Mall, polis turut ekori beliau ketika bermain bowling. Paling lucu apabila polis berkali-kali mengganggu Ketua Srikandi Siti Aishah tentang soalan mengapa Khalid turut hadir bermain bowling...laaaa...apa masalahnya...dan yang paling lucu bila polis apco bertanya pada Siti Aishah...ada permit tak? Siti Aishah dengan nada yang tegas berkata"..insaflah...insaflah..insaflah..."
Kenapalah polis apco jadi macam ni haaa...agak-agaklah jika nak turut perintah pun..jangan jadi macam lembu...lembu mamee ijat pun dah cerdik tinggal di kondo mewah...janganlah jadi lebih bodoh dari lembu mamee ijat...
Kepada anak muda berjiwa merdeka bernama Khalid...teruskan perjuangan...lawan tetap lawan...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/