SharpShooter Followers

Monday, June 11, 2012

SAMM buat laporan polis skandal kapal selam

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan penjualan dokumen maklumat keselamatan negara berkaitan pembelian kapal selam scorpene, kata Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan, Zulkifli Ibrahim.

Sehingga kenyataan dikeluarkan semalam, Zulkifli berkata, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Yong Peng Johor, Sik Kedah, Bayan Baru Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Sabak Bernam Selangor, Kuantan Pahang, dan Dang Wangi Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, lagi laporan polis dijangka menyusul di beberapa negeri lagi termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis.

Katanya, SAMM merujuk kepada laporan Suaram melalui artikel yang bertajuk "French submarines diving Malaysia into deep controversy" pada 30 Mei 2012 di lamanweb rasmi pertubuhan itu.

"SAMM dalam laporan polisnya meminta siasatan telus dan profesional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," kata Zulkifli sambil menambah perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone