SharpShooter Followers

Thursday, June 21, 2012

Ahad ini jangan lupa Himpunan Hijau di Penang



PAS Pulau Pinang memilih Padang Haji Ahmad Badawi, Butterworth iaitu tapak penubuhan PAS tahun 1951 sebagai lokasi 'Perhimpunan Hijau dan XPresi Anak Muda' pada 24 Jun ini selepas Negeri Johor dan Perak berjaya menyambutnya dengan gilang gemilang.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Saleh Man menambah, program khas itu untuk meningkatkan daya juang jentera PAS di negeri ini bagi menangkan lebih banyak lagi kerusi.

Menurutnya ianya wajar disambut oleh penyokong tegar atau golongan atas pagar yang mahu melihat PAS berkembang hebat sepertimana parti lain dalam gabungan Pakatan Rakyat.

"Saya selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang menjemput semua ahli PAS, penyokong atau golongan atas pagar untuk bersama mendengar amanat Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang serta beberapa tokoh tempatan pada sebelah malam, " tegasnya ketika dihubungi.

Jelas beliau, program yang bermula jam 4.00 petang sehingga 12.00 tengah malam diisi dengan berbagai program dari dua sayap parti iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat.

Sementara itu Pengarah Program kepemudaan, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pada sebelah petang hari tersebut acara pemuda membabitkan konvoi bermotosikal berkuasa tinggi dari ARC dan kelab Scram RIDER, demontrasi silat, persembahan Zua XPDC, pertunjukan Silambam, Tarian Naga dan paluan gendang cina serta konsert kumpulan nasyid UNIC.

Selain bersantai bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi dan pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS para peserta juga diminta membawa sejadah sendiri untuk sembahyang berjemaah magrib dan Insya di padang.

Pada sebelah malamnya pula pentas utama akan dipenuhi oleh pemidato hebat iaitu Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Saleh Man, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri,Ustaz Afnan Hamimi.

Ujar Ustaz Afnan lagi, ahli PAS diminta tidak melepaskan peluang berhimpun dilokasi berkenaan untuk menghayati sejarah perjuangan ahli terdahulu yang bertungkus lumus menggerakkan perjuangan sehingga ia ditubuhkan secara sah.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/