
Pada hemat sharpshooter, debat bukan soal siapa menang siapa kalah tetapi debat adalah untuk mematangkan fikiran rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia wajib disajikan dengan pandangan dan hujah-hujah kedua-dua pihak dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Jika budaya ini berterusan, yakinlah negara Malaysia akan bertambah maju dan rakyatnya tidak mudah ditipu biar siapa juga yang memerintah.
Syabas kepada Sinar Harian di atas usaha murni ini dan sudah pasti rakyat Malaysia sudah tidak sabar menantikan Debat Perdana di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim. Mungkin yang tersirat di hati Khairy dan Datuk Saifudin adalah mereka juga mahu Najib menyahut cabaran debat Anwar Ibrahim. Maka mereka sahut cabaran debat dengan harapan bos besar mereka juga akan sahut cabaran debat. Adakah ini akan menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan. Selamat menonton.
Debat Part 1
Debat Part 2
Debat part 3
Sidang Media selepas debat

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/