KONSEP federalisme yang menjamin hak kerajaan pusat dan negeri nampaknya terus ternoda sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri.
Rupa-rupanya, bukan rakyat Kelantan sahaja yang dinafikan hak dari menikmati wang royalti minyak sampai sekarang.
Rakyat Pulau Pinang, nampaknya berkongsi perasaan dengan rakyat Kelantan.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mendakwa rakyatnya berhak menerima RM132 juta semasa penjualan kontrak konsesi Jambatan Pulau Pinang dilakukan pada 1993 lagi.
Namun, sehingga sekarang perbendaharaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang masih tidak menerima hak tersebut.
Skandal ini tiba-tiba menjadi api yang menyemarak apabila Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini mempertikai langkah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melanjutkan tempoh kutipan tol di jambatan pertama Pulau Pinang sehingga 2038.
Sepatutnya kutipan hasil tol yang termaktub dalam perjanjian konsesi tamat pada tahun 2018.
Bagi Guan Eng, langkah yang diambil oleh pentadbiran Najib akan menambah lagi beban rakyat terbanyak di tanah air ini.
Sejak itu, satu persatu data didedah sendiri oleh 'orang dalam' pentadbiran Najib sendiri.
Butiran-butiran yang diteroka mendapati, jambatan pertama yang dibina oleh kerajaan pusat itu menelan kos sebanyak RM943.54 juta.
Kerja-kerja penyelenggaraan jambatan itu kemudiannya diserahkan kepada LLM sejurus siap dibina pada 1 Jun 1982.
Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri telah pun melakukan beberapa langkah penswastaan aset kerajaan pusat, termasuk pemberian konsesi selama 25 tahun bermula dari 1 Oktober 1993 hingga 31 Mei 2018 kepada Syarikat Mekar Idaman kemudiannya diberi konsesi.
Nilai konsesi yang dipersetujui oleh pentadbiran Dr Mahathir semasa itu adalah sebanyak RM550 juta.
Pada tahun 1995, konsesi Jambatan Pulau Pinang itu berpindah tangan kepada Syarikat Intria Berhad pula sungguh pun Unit Perancang Ekonomi (EPU) sejak tahun 1993 lagi telah pun mengarahkan 15 peratus ekuiti pemilik diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Ini bermakna, PDC semasa itu mempunyai 15 peratus ekuiti atau 375,000 unit syer saham dengan kadar RM1.00 per syer sebagaimana yang ditetapkan pada 1 Februari 1994.
Penyusunan semula keseluruhan kepentingan dari Mekar Idaman ke Intria yang dimuktamad bermula pada tahun 1995, menurut harga belian semasa berjumlah RM880 juta.
Dari jumlah itu, pembayaran tunai sebanyak RM224,001,600.
Manakala penerbitan saham biasa baru dalam Intria pula sebanyak 157,036,642 unit dengan kadar RM4.05 sesaham.
Sehingga kini, hasil pungutan tol jambatan pertama berkenaan hampir mencecah RM176 juta pada setiap tahun.
Dianggarkan angka hasil pengutan tol di jambatan tersebut melonjak sehingga RM5 bilion pada 31 Disember 2038 kelak, kata Guan Eng.
Semua unsur penyelewengan ekuiti yang didakwa wujud dalam konsesi Jambatan Pulau Pinang ini sampai sekarang ini seolah-olah memberi gambaran bahawa hak rakyat Pulau Pinang sedang dinafikan oleh kerajaan pusat.
Anak Pulau Pinang seakan sama seperti anak Kelantan, menjadi 'anak tiri' kepada Najib dan Dr Mahathir sebelum ini.
Anak Pulau Pinang bukan Cina, India, Serani, Sikh, Mat Saleh saja. Di Pulau Pinang pun ada Melayu atau Mamak.
Justeru, anak Pulau Pinang khususnya Melayu atau Mamak yang ghairah mempertahan kezaliman Umno di negeri berkenaan pun 'anak tiri' Najib.
Ya...semua anak Pulau Pinang 'anak tiri' Najib, anak tiri Umno.
Setuju? - Zainulfakar
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago