Dato Seri Rais Yatim harus buktikan sifat 'gentleman' beliau serta kepimpinan Barisan Nasional dengan memberi peluang kepada Dato Seri Anwar Ibrahim muncul di dalam media arus perdana.
Komen beliau yang menyatakan Dato Seri Anwar Ibrahim menggunakan kekerasan dengan mengadakan demontrasi bagi mengambil alih kerajaan sama sekali tidak betul kerana perhimpuanan aman tersebut dianjurkan oleh NGO.
Sudah tiba masanya Dato Seri Rais Yatim menggunakan kewarasan dan kejiksanaan beliau selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan juga orang lama dalam kerajaan untuk memenuhi salah satu daripada tuntutan Bersih iaitu Akses Media Yang Bersih dan Adil serta menghentikan politik kotor yang saban hari disiarkan di televisyen dan dada akhbar arus perdana.
Sebagai seorang Menteri Penerangan, saya melihat tindakan beliau membiarkan video fitnah berunsur lucah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dalam berita perdana membolehkan beliau dilabel sebagai agen penyebaran fitnah dan peminat politik lucah yang durjana.
Pindaan undang-undang serta pengenalan undang-undang baru bagi Suruhanjaya Pilihanraya SPR ternyata berat sebelah dan hanya akan menguntungkan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Adakah ini 'gentleman' yang di maksudkan oleh Dato Seri Rais Yatim? Oleh itu, Rais Yatim tidak perlu menjadi burung kakak tua Tun Dr Mahathir.
Jika beliau tidak dapat menjalankan kerja beliau selaku Menteri Penerangan dengan betul seeloknya Dato Seri Rais Yatim memberi laluan kepada mereka yang pakar serta lebih memahami soal penerangan yang benar, telus dan adil.
Sekian, terima kasih.
YB ZURAIDA KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
KETUA WANITA KEADILAN PUSAT
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago