SharpShooter Followers

Tuesday, June 19, 2012

Rupanya ramai yang berminat berlakon watak mamee @ShahrizatJalil - @rafiziramli

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menerima banyak tawaran dari orang ramai untuk menjadi pelakon filem komedi bercorak satira tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC).

“Ramai hubungi saya. Ada yang telefon, tanya kalau ada peluang jadi pelakon. Lebih-lebih lagi selepas saya berceramah. Ini lucu. Orang ramai begitu bersemangat.

“Tapi, masih pada peringkat awal. Proses memilih pelakon pun belum dimulakan,” katanya yang menjangka durasi filem dijangka selama 45 minit.

Beliau berkata, pengarah filem itu, Hishamuddin Rais tidak mahu publisiti meluas kerana mengganggu penulisan skrip dan tumpuan proses pengambaran.

“Kita akan buat sidang media. Mungkin perkenalkan pengarah dan sebagainya,” kata Rafizi kepada Keadilan Daily selepas menghadiri Mesyuarat Biro Politik

Ditanya sama ada beliau bercadang membawa filem itu ke pawagam, Rafizi tidak yakin pengurusan mana-mana panggung wayang berani untuk menayangkannya.

“Ada yang beranikah? Saya tak yakin. ‘Pecah panggung’ nanti. Kita cadang guna konsep wayang pacak sebab ia sesuai dijadikan tayangan dalam program atau ceramah,” katanya.

Skandal NFC menggemparkan negara apabila pendedahan demi pendedahan dilakukan KEADILAN berhubung penyelewengan dana sebanyak RM250 juta oleh NFCorp dimiliki keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Hasil tekanan KEADILAN, suami Shahrizat yang juga Pengerusi Esekutif NFCorp, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat.

Sebelum ini, KEADILAN mendedahkan pinjaman RM250 juta digunakan untuk tujuan selain penternakan lembu.

Antaranya membeli dua unit kondominium mewah di Kuala Lumpur, tiga unit kondo di Singapura, dua lot tanah di Putrajaya dan kereta Mercedez Benz selain sebuah apartmen mewah di Kazakhstan.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/