Pemimpin2 umporno bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung.
Kita jadi pandir jika melayan puak UMporNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMporNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini?
Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMporNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMporNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMporNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh.
Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMporNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita.
Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMporNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMporNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMporNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap. Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMporNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMporNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMporNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu.
Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja ke atas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMporNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMporNO sahaja, maka nanti jika UMporNO tiada, raja Melayu lenyaplah.
Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMporNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu.
Mari kita tengok lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan UMporNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya.
Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMporNO yang mengatakan 'come on give him some humanity'.
Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMporNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan, pemimpin UMporNO menganjurkan jalan pintas.
Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMporNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMporNO? Ambiga itu lahir di mana?
Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMporNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu.
Apabila isu demi isu di timbulkan- pemimpin UMporNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar?
Jika isu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMporNO adalah usaha memburukkan nama orang UMporNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang?
Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMporNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isu2 yang di timbulkan terhadap UMporNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri ke atas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang.
Semua isu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMporNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMporNO. Hanya kali ini sahaja UMporNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMporNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.
Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung.
Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone