SharpShooter Followers

Monday, June 04, 2012

JUAL MAKLUMAT KETENTERAAN NEGARA : KENAPA TENTERA DAN PDRM DIAM MEMBISU?

Isu Skandal Scorpene yang turut mendedahkan sebuah syarikat iaitu Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd yang didakwa menjual rahsia negara kepada syarikat Perancis berhubung urusniaga RM4 bilion untuk membeli kapal selam Scorpene. Terasasi didakwa menerima sejumlah 36 juta euro (RM142 juta) daripada DCNS – antara lainnya untuk 'jualan' laporan sulit melibatkan penilaian tentera laut Malaysia ke atas pesanan untuk kapal selam tersebut.

Pendedahan oleh SUARAM tersebut adalah satu yang sangat serius apabila ianya melibatkan keselamatan dan kerahsiaan negera sehingga sanggup menjualkannya .

JINGGA 13 benar-benar hairan kenapa pihak ATM dan PDRM sehingga sekarang terus diam membisu tanpa mengambil tindakan secara drastik terhadap pemilik syarikat Terasasi ( Hong Kong ) Sdn Bhd iaitu Razak Baginda dan bapanya yang telah bertindak membocor dan menjual rahsia negara kepada DCNS iaitu syarikat yang membekalkan 2 buah kapal selam tersebut.

Ini satu penderhakaan dan pengkhianatan kepada negera, kenapa semua pihak terutama Kerajaan Malaysia masih berdiam diri dan terus membiarkan bebas penjenayah yang terlibat dalam membocor dan menjual maklumat kerahsiaan Tentera Laut DiRaja Malaysia iaitu dokumen sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli kerajaan, didakwa telah "dibeli" sebuah syarikat pertahanan Perancis.

JINGGA 13 menyelar sikap berdiam diri ATM dan PDRM terhadap perkara tersebut dan mendesak agar tindakan tanpa belas kasihan wajib diambil demi maruah, kedaulatan dan keselamatan negara.

JINGGA 13 amat hairan bagaimana maklumat kerahsiaan tersebut mampu diakses oleh Razak Baginda dan begitu mudah diperolehi?
KENAPA RAZAK BAGINDA TERLALU KEBAL SEHINGGA TIDAK MAMPU DISENTUH OLEH SESIAPA? Menteri Pertahanan dan Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia ketika itu juga wajar diambil tindakan untuk disiasat dan dipertanggungjawabkan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone