KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG
Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’.
Merujuk kepada video ‘Bertam Nite’ yang dimuat naik dalam laman youtube serta gambar-gambar berkaitan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook, DPPN P.Pinang difahamkan bahawa program tersebut adalah program makan malam anjuran PKR DUN Bertam, dalam Parlimen K.Batas.
DPPN P.Pinang dengan ini menyatakan rasa kekesalan terhadap ‘tarian ala k-pop’ diawal majlis tersebut yang jelas dilihat bercanggah dengan etika, adab susila, budaya Malaysia serta sangat menyalahi syariat Islam.
Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut & tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin & dirakam secara bebas. Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS.
Malah setiap individu muslim yang ada dalam majlis tersebut mesti keluar serta-merta khasnya jika ia melibatkan pimpinan PAS kerana ia jelas mengundang fitnah yang merosakkan Islam & jamaah yang memperjuangkan Islam.
Kita mahu rakyat & anak-anak muda dididik dengan akhlak yang mulia & moral yang boleh dicontohi. Kerana itulah kita begitu tidak bersetuju & membantah sekeras-kerasnya tindakan kerajaan yang mengundang K-Pop ketika himpunan belia yang diadakan baru-baru ini.
Oleh itu, sebagaimana kita membantah & menentang tarian K-Pop dalam himpunan belia tersebut, DPPN P.Pinang juga tidak boleh berkompromi dengan sebarang program & aktiviti mungkar/maksiat yang dianjurkan oleh mana-mana pihak walaupun ianya melibatkan rakan dalam Pakatan Rakyat mahupun ahli & pimpinan PAS sendiri!
Justeru, DPPN P.Pinang dengan ini menggesa pimpinan parti & mendesak pimpinan Pakatan Rakyat segera menyiasat penganjur program ini serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang terlibat bagi membuktikan bahawa kita bukan golongan yang hipokrit!
Ditegaskan bahawa, kami tidak bantah hiburan, tetapi kami bantah maksiat!!!
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/