SharpShooter Followers

Wednesday, June 06, 2012

Isu penembak Olimpik - Ketua Wanita @ybz99 tempelak Menteri Wanita bermisai @NajibRazak

Respon kepada laporan media mengenai permasalahan yang dihadapi atlet penembak Olimpik negara, Suryani Taibi - saya menggesa agar suatu langkah, keputusan dan pendirian segera diambil oleh kerajaan pusat berhubung perkara ini. 

Wanita Keadilan sebulat menyokong tindakan Suryani untuk membawa suaminya Marhazli Mhotar untuk menemaninya di temasya Sukan Olimpik London kerana kandungan beliau pada Julai ini akan berusia 8 bulan.  

Perdana Menteri yang juga selaku Pemangku Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sewajarnya lebih sensitif terhadap perkara in dan harus memandang serius terhadap isu Surayani dengan mengambil kira sumbangan beliau dia dalam arena sukan menembak negara. 

Kes Suryani bukan sekadar melibatkan tanggungjawabnya sebagai atlet, tetapi juga peranan beliau sebagai isteri dan bakal ibu.

Menteri Wanita Malaysia seharusnya peka dan jika menteri serius dalam memberdayakan wanita Malaysia, isu ini tidak sepatutnya timbul. Kerajaan tidak seharusnya menambah bebanan Suryani dan suami, sebaliknya mengiktiraf dan menghargai peranan beliau yang jelas lebih mengutamakan tanggungjawab Olimpik-nya kepada negara dengan memberi sokongan penuh terhadap permintaan beliau. 

Tindakan kerajaan, melalui Majlis Sukan Negara (MSN) yang tidak mengendahkan rayuan Suryani telah membuktikan amalan diskriminasi gender yang menjadi amalan pentadbiran Umno-BN selama ini. Disriminasi yang bukan hanya pada Suryani, tetapi semua wanita di Malaysia. 

Mewakili keprihatinan Wanita Keadilan berhubung perkara ini, saya menggesa agar PM Najib melalui KPWKM agar segera masuk campur dalam perkara ini, dan melaksanakan beberapa langkah berikut secepatnya: 

1.  Menyediakan bantuan kewangan -  membenar dan membiayai kos perjalanan, tempat tinggal dan tiket acara buat suami Suryani.

2. Menyediakan sokongan perubatan - membiayai kos pemeriksaan kandungan, ubat-ubatan berkaitan, serta seorang doktor pakar kehamilan buat beliau. 

3. Menyediakan sokongan moral - menyokong dan membenarkan agar suami Suryani dibolehkan untuk turut serta dalam sesi latihan dan acara berkaitan di Olimpic Village, London. 


Sekian. Terima kasih. 

YB HJh Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone