SharpShooter Followers

Thursday, June 21, 2012

Sapina pertama telah keluar...selepas ini sapina Pak Menteri @NajibRazak dan @Zahid_Hamidi pula akan menyusul...?



Video yang Najib benci sangat...

Sapina kepada pembantu kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.

(Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel ketika memaklumkan Jasbir sebagai saksi pertama)

"Penghantaran sapina ini dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan," kata satu kenyataan media Sekretariat Suaram hari ini.

"Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan," kata kenyataan itu lagi.

Suaram mengulas kenyataan Jasbir Singh Chahl sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.

Jasbir Singh Chahl juga berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.

Suaran adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.

Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1000 orang, malam tadi.

“Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya,” kata Chynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.

Selain itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/