SharpShooter Followers

Monday, June 25, 2012

Video penjelasan @rafiziramli - "siapa kata saya tak boleh bertentang mata dengan Faekah?" terus serang @NajibRazak




Usaha umno untuk menangguk di air yang keruh isu perletakan jawatan Rafizi Ramli ternyata kantoi lagi...malah Rafizi terus menyerang Najib...

Rafizi Ramli menegaskan bahawa perletakan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah kerana beliau mahu menumpukan usaha menyusun strategi parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional. Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya. Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.

Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya. Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional. Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional. Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik. Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka. KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik.

Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor. Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka
.





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/