Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula tiba-tiba menyampuk dan menyatakan bahawa ia 'adil' dan sebagai ujian kepada kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat dalam menyelesaikan masalah ini.
Namun bagi yang berakal cerdik, kita harus bertanggungjawab dan lihat sasaran kita sebenar-benarnya. Jika Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah masalahnya, maka debatlah dengan beliau. Mahasiswa UNISEL mahupun KUIS dan ahli keluarga mereka yang gusar serta gelisah tidak bersalah dalam pertengkaran UMNO BN dan PR.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sendiri menyatakan bahawa perkara ini adalah 'bad politics' dan hanya akan mendatangkan kecederaan kepada UMNO itu sendiri, manakala Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah telah menerima dan menyampaikan rayuan kepada bosnya di kementerian.
UMNO pula mengeluarkan 'perintah' bahawa sekatan PTPTN hanya akan diangkat dan ditarik balik sekiranya DS Anwar Ibrahim dan PR mengaku bahawa Selangor tidak mempu menyediakan pendidikan percuma.
Namun begitu dan walau diserang hendap, pimpinan PR negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim telahpun bersedia dengan cara bantuan ad-hoc RM30 juta untuk penyelesaian separuh waktu manakala solusi jangka panjang akan diperbincangkan.
Apabila diumum sahaja jumlah bantuan sebegitu banyak tiba-tiba UMNO mengenepikan ultimatum yang dikenakan kepada DS Anwar dan terus menarik balik penggantungan tersebut. NYATA UMNO TERTEKAN dan mereka TERPAKSA menarik balik tanpa memerlukan DS Anwar memperakui apa-apa. Ludah busuk dan berkahak terpaksa mereka jilat semula, walaupun melalui 'straw'
Jika kes ini berlaku di kawasan pedalaman mungkin ia tidak membawa kesan yang banyak, namun perkara ini berlaku di negeri paling maju di Malaysia. Dimana majoriti penduduknya sedia sambung kepada internet dan dunia maklumat tanpa sempadan. Anak-anak muda Selangor ini terguris perasaan mereka dan mereka kini sedar akan sifat kebudakan UMNO dan BN yang tidak layak untuk mereka undi.
Kerajaan Pakatan Rakyat mampu menyelesaikannya dan tidak akan teragak-agak menggunakan segala kekuatan dan simpanan yang ada termasuk rizab RM2 bilion untuk membantu anak-anak UNISEL yang majoritinya melayu.
UMNO telah tersilap langkah. Keangkuhan mereka tersilap sasar kerana golongan muda akan ingat dan bangkit. Mereka akan sebarkan merata kezaliman ini dan natijah utamanya nanti akan memperlihatkan Najib Razak lebih cepat terkubur akibat tindakan bacul pemerintah yang tidak amanah.
Sepertimana yang diujarkan oleh ramai pimpinan yang berakal, UMNO tidak kenal perbedaan diantara pentadbiran dan pergeseran politik kepartian.
KEADILAN Selangor menegaskan bahawa kami komited membela nasib pelajar dan golongan muda dengan tindakan yang konkrit. Tawaran RM30 juta akibat apungan prasarana dari hutang Talam Corporation itu membuktikannya; kami jua mempunyai pelan jangka panjang. Namun UMNO GERUN lalu membatalkan tindakan jahatnya itu.
Perlu diingat, penarikan semula sekatan tersebut BUKAN dibuat kerana melihatkan kesengsaraan pelajar; ia dibuat kerana takut kesan timbal balas peti undi rakyat Selangor kerana jika Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berjaya menyelesaikan masalah ini secara total, maka impian UMNO/BN mengambil balik Selangor akan lesap, hancur dan berderai sepertimana kerjaya politik seorang bekas doktor gigi yang suka melancong menggunakan dana Rakyat.
YB SHUHAIMI SHAFIEI
Adun Sri Muda /
Ketua Penerangan KEADILAN Selangor /
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone