SharpShooter Followers

Wednesday, June 13, 2012

Rafizi calon pertama Parti Keadilan Rakyat umum di PANDAN


Barisan pemimpin Pakatan Rakyat pada malam tadi memperkenalkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebagai calon untuk kawasan parlimen Pandan.

Ucapan pemimpin berkenaan termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga penuh dengan pujian kepada Rafizi.

Dalam ceramah di Taman Seraya, dalam kawasan parlimen Pandan itu, Anwar berkata Rafizi merupakan antara individu yang bertanggungjawab menjalankan penyelidikan untuk dasar Pakatan, termasuk tawaran gaji minimum.

NONENama Rafizi juga tidak putus-putus meniti di mulut pemimpin lain yang berucap, termasuk ADUN Teratai Janice Lee serta anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pua dalam ucapannya di program dihadiri lebih 2,000 orang itu berkata, DAP tidak akan bertanding di kerusi Pandan kerana yakin dengan Rafizi yang disifatkannya sebagai individu yang bijak dan bertanggungjawab.

Ketika ditemui selepas itu, Rafizi yang memakai ves jentera pilihan raya PKR untuk kawasan parlimen P100 itu bagaimanapun berkata pengumuman tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang.

Oleh sebab itulah beliau tidak berucap panjang dalam ceramah tersebut, katanya lagi yang tidak putus-putus dikerumuni oleh golongan muda yang ingin bergambar dan mendapatkan tandatangannya.

Cabaran sengit bertemu Tee Kiat

Katanya, beliau juga tidak tahu sekiranya beliau akan dipertandingkan di Kemaman pula di saat terakhir.

"Tentulah keputusan akan dibuat di saat akhir... Tapi orang Pandan tahu saya sudah lama turun ke kawasan ini," katanya.

NONERafizi mengakui bahawa beliau akan berdepan cabaran sengit di kerusi tersebut, yang kini disandang bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Namun beliau yakin PKR akan mempunyai peluang yang baik di kawasan kerusi campuran dengan 25 peratus golongan miskin bandar dan 50 peratus golongan pengundi muda itu.

"Saya rasa keputusan 2008 bukan disebabkan Ong Tee Keat tetapi kerana pengundi memilih berdasarkan kaum.

"Pengundi Cina sudah membuat keputusan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi referendum kepada BN.

NONE"Ong Tee Keat mempunyai sokongan kuat tapi kita akan pecahkan undi masyarakat Cina," katanya lagi yang terpaksa menghentikan perbualan dengan wartawan beberapa ketika untuk melayan permintaan individu yang ingin bergambar dengannya.

Beliau yakin, strategi kempen dengan menonjolkan jenama Pakatan itu akan membuahkan hasil untuk memecahkan blok pengundi berkenaan.

Selain Sabak Bernam, Pandan merupakan kawasan parlimen yang gagal dimenangi PKR dalam pilihan raya lalu di Selangor.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/