YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan hadiah kepada kumpulan terbaik.
Manyampaikan sijil penyertaan.
Dalam ucapan Anwar menyentuh tentang Saidina Ali yang menyebut baginya ilmu itu adalah santapan rohani yang paling lazat. Pelajar harus terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan memberi saingan yang kuat agar tidak ketinggalan. Kata-kata perangsang dan semangat yang ditanamkan oleh Anwar mudah-mudahan kita akan dapat meningkatkan lagi dan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan kerohanian. Tidak ada jalan pintas untuk terus maju melainkan disiplin ilmu harus ditanam serta dibajai dalam diri sendiri.
Dua sahabat akrab saudara Zainal (PA Anwar Ibrahim) dan Mazlan (Ketua UKP) serta Suhaimi (PA Dr Mansor) turut hadir memberi semangat kepada pelajar.
YB Dr Mansor Othman turut memberi ucapan semangat dan galakan. Beliau akan berterusan memberi tumpuan khusus kepada pelajar dan mahasiswa. Baginya "Mahasiswa Minda Masyarakat" harus dapat diterjemahkan dalam realiti masyarakat kita hari ini. Mahasiswa dan pelajar harus menjadi pencetus dan mendepani dalam setiap isu semasa. Mahasiswa harus kembali ke zaman kegemilangan seperti zaman Anwar Ibrahim ketika menjadi pelajar.