SharpShooter Followers

Monday, July 06, 2009

Calon Manek Urai Harapan Cerah

Calon Manek Urai ada harapan cerah untuk menang. Hj Mohd Fauzi Bin Abdullah merupakan seorang calon yang mudah didekati, peramah dan mesra rakyat. Beliau merupakan seorang pemborong ikan terkenal di Pasar Besar Kuala Kerai. Beliau juga adalah seorang yang amat-amat cakna pada masyarakat sekeliling. Amat mudah didekati bila dalam kesusahan. Bukan sedikit warga Kuala Krai yang pernah mendapat bantuan peribadi dari beliau baik dalam bentuk wang ringgit mahupun kebendaan. Beliau banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri kepada Allah di Masjid PAS berhampiran dengan CIMB Bandar Kuala Krai. Kalau nak berjumpa dengan beliau cukup mudah, sembahyang 5 waktu sehari semalam di Masjid berkenaan dan insyaAllah kita akan nampak kelibat beliau bersama-sama jemaah-jemaah yang lain.

Seorang yang amat merendah diri. Amat jarang beliau meninggikan suara, bila bercakap, mata beliau tidak akan terarah ke lain melainkan kemuka orang yang sedang bercakap dengan beliau. salah 1 faktor yang ada pada orang yang ikhlas bila berbicara.

Arwah bapa beliau (Al-Fatihah) adalah seorang penarik beca semasa hayatnya, amat dikenali kerana sifatnya yang suka berkhidmat kepada masyarakat setempat dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya. Arwah bapanya dikenali di Kuala Krai sebagai "Pok Loh".

Ibu beliau juga adalah seorang peniaga (peraih) sayur-sayuran di Pasar Kuala Krai juga dikenali kerana sikapnya yang cakna dan suka membantu sesiapa sahaja yang dalam kesulitan.Yang paling menarik tentang calon yang ditonjolkan oleh PAS ini ialah beliau mempunyai sebuah Van persendirian yang diwakafkan sebagai Van Jenazah kepada penduduk Kuala Krai. sesiapa sahaja boleh menggunakan Van Jenazah tersebut jika mahu dan tiada bayaran dikenakan.

Adik beliau Hj Mohd Razali bin Abdullah merupakan seorang Ahli Majlis MPPP di Pulau Pinang. Adiknya adalah seorang aktivis JIM (Jamaah Islah Malaysia) dan seorang Juruukur Tanah Profesional.

Walaupun UMNO secara sinis menghina calon kerana hanya seorang pemborong ikan, tapi bagi saya ini adalah lebih baik dari mereka yang berpelajaran tinggi tetapi perasuah. Yang paling penting adalah amanah dan ikhlas dalam perjuangan dan selalu turun padang dekati dan selesaikan masalah rakyat.
Semoga Allah permudahkan kemenangan beliau... Amin..
Takbir... Takbir... Takbir...


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com