KEPALA BATAS, 2 Mac: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berharap isu perlantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) selesai menjelang 9 Mac ini.
Ini, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong menamakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) mengisi kekosongan tersebut.
Beliau ketika ditemui di majlis penyampaian sumbangan mangsa ribut di Kampung Lahar Tiang, Pinang Tunggal, Kepala Batas semalam menjelaskan, keputusan mesyuarat exco baru-baru ini telah menamakan Saleh menggantikan Yang Dipertua Maipp sekarang, Ustaz Elias Zakaria.
"Nama Datuk Saleh Man sudah dipersetujui dalam mesyuarat exco dan telah pun dihantar untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Insya Allah pada 9 Mac isu ini akan selesai," jelasnya.
Menurutnya, selagi perlantikan Yang Dipertua Maipp tidak diselesaikan secepat mungkin banyak perkara terbantut membabitkan peruntukan, program, kursus dan sebagainya.
Apa pun katanya, semua pihak hendaklah menunggu pengisytiharan jawatan Yang Dipertua Maipp terlebih dahulu barulah boleh menggerakkan, menyusun kembali dan mencadangkan program untuk menambah mutu Maipp.
Sebelum ini, Saleh yang juga Adun Permatang Pasir disebut-sebut memandangkan beliau merupakan Timbalan YDP Maipp dan sering menggantikan yang dipertua untuk merasmikan perbagai program ekoran masalah kesihatan Elias.
Semasa kempen Pilihan raya Kecil Permatang Pasir dua tahun lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan jika Saleh berjaya memenanginya, beliau merupakan individu paling layak menggantikan Yang Dipertua Maipp ketika itu, Shabudin Yahya.
HARAKAHDAILY/-
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Temerloh Dan Bera Menjadi Daerah Terbaru Dilanda Banjir, Empat Pusat
Pemindahan Sementara Dibuka
-
*TEMERLOH: *Temerloh dan Bera menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan
empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan 39 mangsa
daripada t...
9 hours ago