Saya menyambut baik tindakan beliau ini, dan menganggap ini sebagai suatu kejayaan bukan sahaja buat Pakatan, malah rakyat Malaysia.
Dengan berteraskan prinsip kerajaan bertuan rakyat, Pakatan tidak putus mendesak dan mendedahkan segala penyelengan Umno-BN.
Skandal penyelewengan RM250 juta NFC hanyalah secebis dari segala korupsi dan salah guna kuasa oleh Umno-BN.
Kami, di pihak Pakatan iltikad akan terus membuat pendedahan demi pendedahan agar setiap sen dan hak rakyat itu dikembalikan semula.
Namun, tarikh perletakan jawatan oleh Shahrizat juga mengundang persoalan. Mengapa harus menunggu sehingga 8 April dan tidak secara serta-merta, sebelum sesi parlimen bermula esok seperti sewajarnya?
Hatta selaku Menteri pun, Shahrizat masih tertakluk sebagai penjawat awam. Maka, sejajar dengan peruntukan penjawat awam sedia ada, mana-mana penjawat awam yang terlibat sama ada secara langsung berkepentingan atau tidak, harus diberhentikan secara serta merta?
Tindakan Shahrizat disambut positif, namun tindakan berlengah PM Najib selaku Presiden Umno selama ini menunjukkan seolah wujud keistimewaan 'double-standard' buat Shahrizat.
Malahan, nilai keikhlasan gesaan PM Najib berhubung perkara ini seolah masih terus diragui.
Walaupun Shahrizat adalah Ketua Wanita Umno yang dipilih, namun jika benar PM Najib mahu 'mentransformasikan' Umno, beliau seharusnya sedar bahawa setidaknya penggantungan harus dikenakan terhadap Shahrizat.
Tindakan PM Najib yang seolah sengaja membuat 'suspen' dengan perkara ini adalah sangat kebudak-budakan.
Dalam rakyat mengharapkan suatu pengumuman demi kepentingan rakyat, namun sebaliknya beliau mengumumkan tentang perihal kepentingan parti pula.
Saya menggesa jika benar Shahrizat ikhlas untuk berundur, maka beliau hendaklah segera meletak jawatan di hadapan Speaker dan 222 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat demi membuktikannya.
Sekian. Terima kasih.
YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago