GEORGETOWN - Ahli-ahli politik diingatkan supaya tidak meletakkan status mereka terlalu tinggi sehingga menganggap berkuasa seperti Tuhan atau malaikat dalam membuat keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, mereka perlu menerima teguran dengan hati terbuka dan tidak mudah melenting jika ada pihak yang memberi cadangan untuk kebaikan bersama.
"Adakah salah kalau kita memberi cadangan untuk kebaikan rakyat Pulau Pinang. Sebagai orang politik dan pemimpin kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya menerima cadangan atau komen pelbagai pihak dengan hati terbuka untuk sama-sama membangunkan negeri ini," katanya kepada media hari ini.
Beliau mengulas kenyataan balas Guan Eng yang melenting dengan melabelnya sebagai "sudah tua" berikutan kenyataan CAP agar Kerajaan Negeri mengadakan rundingan awam sebelum melaksanakan projek pembangunan atau infrastruktur mega di Pulau Pinang.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya mengambil berat mengenai suara rakyat dengan membuat rundingan awam sebelum sesebuah projek dijalankan sama ada ia memberi kesan terhadap ekonomi, sosial atau alam sekitar.
“Memberi taklimat kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) secara umum mengenai projek mega serta membuat kenyataan mengenainya kepada pihak media atau dalam Dun. Ini bukanlah rundingan awam.
Rundingan melibatkan penyertaan awam di peringkat awal proses membuat keputusan, menyediakan maklumat yang mencukupi mengenai projek serta memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada perwakilan dan pandangan yang dibuat oleh individu dan organisasi masyarakat awam," katanya.
Mohamed berkata, perkara itu tidak dilakukan Kerajaan Negeri.
"Jika beliau kata ada membuat rundingan awam, adalah ia dilakukan sebelum menandatangani memorandum persefahaman dan memanggil permohonan cadangan untuk pembinaan projek mega ini. Adakah kajian awal dijalankan?" katanya lagi.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago