SharpShooter Followers


Monday, March 26, 2012

Jingga 13 dan AMK desak polis siasat anak Nazri Aziz kes pukul

Jingga 13 mendesak dan menuntut siasatan segera terhadap dakwaan anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) juga mendesak siasatan menyeluruh dijalankan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.

“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/