Rakyat sebenarnya mahu melihat mamee ijat dan keluarga diambil tindakan. Bukti semua telah didedah satu persatu bermula dengan harta ismit ulam raja di dalam negara selepas itu harta ismit ulam raja di luar negara pula, jika duit mereka sendiri tidak ada hal tetapi guna duit rakyat itu yang rakyat marah sangat.
Kesimpulannya najib rosmah terpaksa akur dan tewas dengan team mahathir. Suara Mahathir dan mantan ketua wanita yang mundar mandir tanpa jawatan (Rafidah) sudah mula kembali katanya "Shahrizat sepatutnya meletakkan kesemua jawatan yang dipegangnya samada di dalam Kerajaan mahupun UMNO."
Dalam satu temuramah yang tidak dirancang oleh The Malay Mail, Rafidah tidak menamakan Shahrizat tetapi kenyataannya itu jelas ditujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
“Jika anda adalah masaalah kepada Parti dan juga Kerajaan, sila keluar!
"Itu untuk semua orang, samada ianya berkaitan dengan Lembu atau apa saja, itulah cara paling matang untuk menangani masaalah anda.
"Kenapa anda perlu tunggu tiga minggu untuk membuat keputusan?.. Anda sudah kehilangan arah.
Sementara itu Keadilan pula menganggap pengumuman Datuk Seri Shahrizat Jalil bahaw beliau akan berundur sebagai menteri hanya cubaan memperdayakan rakyat supaya memikirkan BN bertindak dalam skandal Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Naib presidennya N Surendran berkata, Shahrizat tidak boleh mengaku berundur kerana tugasnya sebagai menteri turut tamat pada 8 April seiring dengan penamatan pelantikannya sebagai senator.
“Bagaimana Shahrizat boleh mendakwa berundur pada 8 April? Beliau sebenarnya berpaut pada kedudukan menteri sehingga ke saat akhir,” katanya yang juga seorang pengamal undang-undang.
Dalam kenyataannya semalam, Surendran (kiri) juga mempertikaikan tindakan Shahrizat yang mahu terus berpaut pada jawatan ketua Wanita Umno.
Katanya, tindakan itu membuktikan Umno tidak ada keazaman politik, kecenderungan atau kuasa moral untuk bertindak terhadap pemimpin yang didakwanya mempunyai salah laku.
Surendran sebaliknya berkata, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu patut berundur serta merta.
Selepas kontoversi panjang NFC, Shahrizats semalam mengumumkan akan berundur sebagai menteri selepas tempoh pelantikannya sebagai senator tamat bulan depan (April). Beliau bagaimanapun berkata akan kekal sebagai ketua Wanita Umno kerana pergerakan itu sudah dianggap seperti keluarga.
AMK: Pengunduran iyakan skandal
Sementara itu, Pemuda PKR (AMK) dalam kenyataannya berkata, pengunduran Shahrizat mengiyakan siri pendedahan PKR mengenai skandal NFC yang didakwa gagal dijawab secara berfakta oleh Shahrizat dan keluarganya.
“Dalam satu aspek, tindakan Shahrizat ini membuktikan bahawa beliau bertanggungjawab atas segala tuduhan yang memalitkan beliau, sekiranya ini dilakukan atas kerelaan beliau,” kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
“Dalam satu perspektif lain, ia mungkin dilakukan atas desakan daripada Umno sendiri yang semakin gusar dengan pendedahan demi pendedahan yang pastinya mengesani keyakinan rakyat kepada Umno-BN.”
AMK juga menegaskan, apa sekalipun faktor yang mendorong kepada peletakan jawatan Shahrizat, ia bukan noktah kepada pendedahan yang akan terus dibuat.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
P.Pg hanyut diseret arus DAP. UMNO 'hilang'?
-
*1. Keadaan jalan raya di Pulau Pinang tanda mutu kerja teruk – CAP*
PULAU PINANG: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan
Negeri Pulau...
5 hours ago